Mohd Ali (tengah) bersama sebahagian usahawan PUNB di Selangor yang mendapat pembiayaan untuk memajukan perniagaan mereka.
PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) akan mewujudkan portal bagi membantu usahawan Bumiputera di seluruh negara meluaskan jaringan perniagaan.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, portal itu akan menjadi direktori kepada usahawan terlibat dan produk mereka akan turut disenaraikan.
“Portal ini juga akan memudahkan lagi pengguna dan usahawan untuk mempromosikan produk mereka.
“Kita juga mahu kumpulkan semua usahawan PUNB dalam satu portal kerana melalui cara ini, mereka boleh menjual dan membeli produk usahawan lain melalui satu platform,” katanya selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Usahawan PUNB Negeri Selangor, kelmarin.
Beliau menambah, PUNB juga menggalakkan penganjuran kursus dan kelas motivasi bagi membantu usahawan dan peniaga baru menguruskan perniagaan.
“Melalui kelas motivasi ini, usahawan dapat memberi tunjuk ajar dan motivasi sesama sendiri terutama kepada usahawan yang baru menceburi bidang ini,” katanya.
Menurutnya, PUNB juga dalam usaha mengurangkan peratusan usahawan gagal membayar semula pinjaman, dengan 27 peratus usahawan gagal membayar semula pinjaman kepada PUNB tahun lalu.
Menurutnya, setakat ini PUNB telah mengeluarkan RM1.8 bilion kepada usahawan seluruh negara.
Katanya lagi, Selangor merupakan negeri tertinggi menerima pinjaman PUNB iaitu sebanyak RM615 juta sejak 1992 membabitkan 1,229 syarikat.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..