Chong Wei dan Lin Dan berpasangan dalam perlawanan pertunjukan di China
KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei buat julung kali akan berpasangan dengan musuh tradisinya Lin Dan dari China
untuk membuat perlawanan pertunjukan sempena pembukaan pusat latihan badminton baharu di Lingshui, China Ahad ini.
Chong Wei berkata, beliau menyambut baik jemputan Persatuan Badminton
China dan bersedia membantu negara lain untuk menyemarakkan sukan badminton.
"Saya menerima jemputan daripada Ketua Jurulatih China, Li Yongbo untuk
menyertai perlawanan pertunjukan itu. Saya akan bergandingan dengan Lin Dan dan kami akan menentang jaguh beregu China, Cai Yun dan Fu Haifen.
"Perlawanan ini juga diadakan untuk peminat badminton di China," katanya selepas menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.
Dalam pada itu pemain nombor satu dunia itu berkata, Malaysia perlu menyediakan pusat latihan badminton yang lengkap di setiap negeri untuk memastikan lebih ramai pemain berbakat dapat ditonjolkan.
Sumber Kosmo
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..