Kuala Lumpur: Seorang penjawat awam berstatus Datin, kerugian lebih
RM30,000 apabila beg tangannya disamun dua lelaki bermotosikal di
persimpangan lampu isyarat Jalan Gombak di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun dalam perjalanan dari rumahnya ke pejabat di Jalan Duta, menghentikan kereta mewah dipandunya di lampu isyarat lokasi kejadian.
Berhenti sebelah kereta
Ketika itu, sebuah motosikal Yamaha LC berwarna merah biru dinaiki dua lelaki berhenti di sebelah kiri kenderaan mangsa sebelum pemboncengnya bertindak memecahkan cermin sebelah kiri kereta Maserati Granturismo.
Suspek dipercayai menggunakan penukul ketika memecahkan cermin kereta terbabit bagi menarik beg tangan mangsa yang diletakkan atas kerusi penumpang hadapan sebelum melarikan diri.
Beg tangan mangsa mengandungi sejumlah wang tunai termasuk mata wang asing, barangan kemas, dua telefon bimbit dan beberapa keping kad bank.
Mangsa yang juga isteri seorang ahli perniagaan itu, tidak dapat mengecam wajah suspek berikutan kedua-duanya memakai topi keledar bercermin gelap dan kejadian berlaku dengan pantas.
Mangsa yang memandu sendirian tidak mengalami sebarang kecederaan, bergegas membuat laporan polis sejurus kejadian. Kerugian dianggarkan RM30,000 termasuk kos kerosakan komponen kenderaan terbabit.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek dan meminta saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..