Astro sedia menawarkan pelbagai kandungan meliputi
pelbagai bahasa melalui pilihan salura-n-saluran mereka. Kini, dalam
terus memudahkan pengguna tempatan menggunakan perkhidmatan mereka,
Astro turut melancarkan Panduan TV yang kini hadir dalam bahasa
Malaysia, Inggeris, Mandarin dan juga Tamil.
Sokongan Panduan Pengaturcaraan Elektronik (EPG) yang menyokong pelbagai jenis bahasa ini bakal diperkenalkan kepada pelanggan Astro B.yond secara berperingkat bermula 24 Februari ini.
Pihak Astro turut menawarkan enjin carian dalam pencarian kandungan dengan lebih mudah, dimana pengguna boleh melihatnya mengikut tajuk, tahun siaran, tarikh siaran dan sebagainya.

Selain Astro B.yond, kemaskini antaramuka turut diperkenalkan kepada pengguna Astro On The Go serta sokongan EPG pelbagai bahasa. Kemaskini terbaru untuk Astro On The Go turut memudahkan pengguna untuk menonton rancangan terpilih, dimana tidak lagi perlu mendaftar dan log-masuk terlebih dahulu sebelum dapat menontonnya. Astro turut berkongsi mengatakan sokongan antaramuka baru ini akan hadir kepada pengguna Astro IPTV tidak lama lagi.
Untuk mengemaskininya kelak, pelanggan Astro B.yond hanya perlu meninggalkan set mereka dalam mod standby, dan kemaskini perisian akan dilakukan secara automatik.
Astro pada masa yang sama turut berkongsi mengatakan mereka mempunyai lebih 470,000 pelanggan PVR, disamping pelanggan Astro On-The-Go mereka yang meluangkan secara purasa 72 minit seminggu menonton menggunakannya.
https://www.astro.com.my/epg/
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..