Kafe itu dibuka pada Isnin lalu di tepi
sebatang jalan yang sibuk di Vassalboro, Maine, Amerika
Syarikat.
Satu papan tanda di luar kedai itu
menyatakan ia hanya untuk pengunjung berumur 18 tahun ke
atas.
Namun, terdapat satu lagi papan tanda
yang melarang kamera dibawa masuk dan sentuhan turut tidak
dibenarkan.
Sebelum ini, cadangan pembukaan kafe
itu mencetuskan kemarahan penduduk tetapi pegawai-pegawai di bandar itu
menyatakan premis tersebut mematuhi undang-undang...
Kafe itumilik Donald Crabtree yang
menyatakan dia hanya memilih pelayan yang mesra dan berasa selesa ketika tidak
memakai baju.
Crabtree berkata, dia tidak membayar
gaji tetap kepada pekerjanya tetapi mereka memperoleh tip daripada
pelanggan.
Seorang pelayan wanita, Kris Kelly, 43,
dari Windham pernah menerima tip sebanyak AS$100 (RM380) daripada seorang
pelanggan lelaki.
Menurut beberapa kakitangan kafe itu,
dianggarkan antara 50 hingga 60 pelanggan mengunjungi kafe itu pada Isnin lalu
dengan lapan daripadanya ialah wanita.
Seorang lagi pelayan wanita, Susie
Wiley yang berumur 23 tahun berkata, dia memohon pekerjaan itu kerana mendapati
cara melayan pelanggan di kafe itu adalah berlainan.
Ketika ditanya sama ada ia menjejaskan
maruah wanita, dia berkata: "Tidak, saya menyukainya. Saya mendapati ia tidak
menjejaskan maruah wanita."
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..