BATU
GAJAH – Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya
diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi
hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu.
Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit.
Ketua
Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif
berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang
berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan Tanjung Tualang, di sini.
Menurutnya, lelaki terbabit memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya di dalam bilik di rumah berkenaan.
Katanya,
selepas melempiaskan nafsunya, lelaki itu menghantar mangsa ke
perhentian bas berhampiran dan menyuruhnya pulang ke rumah menaiki bas.
“Kira-kira dua minggu selepas itu, suspek sekali lagi bawa mangsa ke rumah sama untuk melampiaskan nafsunya.
“Namun
kali ini, mangsa menolak namun lelaki itu ugut ingin beritahu apa
dilakukan mereka kepada keluarga mangsa jika enggan menurut
kemahuannya,” katanya.
Shaharon
berkata, mangsa diperkosa sekali lagi oleh teman lelakinya itu dan
suspek merakamkan perbuatan jijiknya itu menggunakan telefon bimbitnya.
Katanya,
suspek kemudian memaksa mangsa mengikutnya ke rumah seorang rakan di
kampung Baru Bakap, Jalan Tanjung Tualang, di sini, pada jam 8 pagi
kelmarin.
Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan namun terpaksa akur selepas suspek mengugut akan menyebarkan klip video dirakamnya.
“Mangsa
dicium di dalam rumah itu dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan
rakan suspek berusia 18 tahun sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya,”
katanya.
Beliau
berkata, mangsa yang tidak tahan diugut dan dipaksa menyerahkan
tubuhnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, di sini.
Katanya,
susulan laporan tersebut, polis berjaya memberkas suspek berusia 18
tahun di sebuah rumah di Kampung Seri Meriah pada jam 3 pagi semalam.
Polis kini masih memburu teman lelaki
mangsa.
SUMBER-www.sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..