Jakarta: Parti politik cuba meraih seberapa banyak undi yang mungkin
sepanjang kempen terbuka menjelang pilihan raya Parlimen 9 April depan,
termasuk meletakkan calon di kalangan selebriti.
Dalam langkah
yang dilihat semakin menjadi-jadi, beberapa parti politik bukan setakat
meletakkan selebriti biasa, malah model seksi.
Pencalonan mereka menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada yang menyambut baik dan ada yang mengecam.
Antara
model yang dicalonkan ialah Destiara Talita, 26, bekas model majalah
dewasa yang bertanding atas tiket Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia
(PKPI) yang akan bertanding di daerah Jawa Barat VIII, kawasan pilihan
raya terdiri daripada Cirebon dan Indramayu.
Destiara Talita, 26 |
Penyanyi dangdut Camel Petir |
Angel Lelga |
Dia bagaimanapun dikritik kerana menjawab dalam keadaan tergagap-gagap terhadap soalan yang diajukan dalam rancangan sembang sebuah stesen televisyen swasta.
Penyertaan selebriti menarik pelbagai reaksi daripada orang awam, ada yang mengalu-alukan pembabitan mereka, dan ada yang menolaknya sama sekali.
Peguam Fisella Mutiara berkata, selagi calon tidak bersandar semata-mata dengan imej seksi mereka untuk memenangi kerusi, dia tidak akan mempersoalkan pencalonan mereka.
Sementara itu, juruelektrik Temor berkata, meskipun dia dapat menerima calon selebriti, dia tidak akan mengundi mereka yang pernah menjadi model seksi.
Bekas aktres dan anggota Dewan dari Parti Demokrat Venna Melinda berkata, sudah menjadi kebiasaan bagi orang ramai mempersoalkan kempen politik golongan selebriti.- Agensi
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..