Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Saturday, March 29, 2014

Pelajar Perempuan Lembik Dirogol




Padang Besar: Kerisauan seorang bapa mengenai kehilangan anak perempuannya berakhir tragedi apabila anaknya yang berusia 16 tahun ditemui tidak bermaya selepas dirogol seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman sembang maya di sebuah rumah di Sungai Jernih, Bukit Keteri, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa ditemui bapanya di rumah suspek selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya sejurus dia membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Mata Ayer, di sini, pada hari sama.

Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 52 tahun itu menemui mangsa berseorangan di rumah suspek.Mangsa dikatakan sempat membuat panggilan telefon selepas suspek yang berusia 21 tahun tidak berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol beberapa kali sejak dia hilang daripada rumah, Isnin lalu.Menurutnya, pelajar tingkatan empat itu yang ditemui keletihan kemudian dibawa bapanya membuat laporan polis mengenai kejadian menimpanya.

“Bapa mangsa tampil bersama anaknya di Balai Polis Arau, di sini, bagi membuat laporan dan mengaku dia dirogol remaja lelaki yang juga penganggur.“Mangsa memberitahu bahawa dia dirogol di rumah suspek beberapa kali,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Che Man berkata, suspek ditahan di rumahnya sejurus selepas aduan dibuat bapa mangsa.“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.


sumber:harian Metro

credit :pilihan-anda.blogspot.com









No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...