Telefon pintar skrin besar memang
menyeronokkan. Walaupun penggunaan peranti sebegini memerlukan kedua-dua
tangan secara serentak tidak menghalang ia terus menjadi trend masa
kini. Lebih-lebih peranti sebegini mempunyai kelebihan dan kebolehan
lebih besar berbanding telefon pintar yang bersaiz kecil dan sederhana.
Lebih besar skrinnya, lebih tinggi produktivitinya.
Skrin telefon mudah alih dengan cepat
menjadi lebih besar dan lebih besar. Berbanding tiga tahun dahulu,
kebanyakkan model terutama telfon pintar hanya bersaiz 4.3 inci,
sekarang ianya telah naik menjadi 5 hingga 5.2 inci. Dan sepanjang
evolusi ini, telah banyak telefon pintar ‘kacukan’ atau nama lain
‘phablet’ dihasilkan. Pengeluar kelihatan berlumba-lumba menghasilkan
produk yang terbaik.
Jika anda ingin membeli telefon skrin
besar di masa yang terdekat, di bawah adalah beberapa model yang saya
syorkan untuk pertimbangan anda sebelum membeli. Model-model dibawah
bersaiz antara 5.5inci hinggalah hampir 7inci. Pilihlah yang terbaik
untuk anda!
TERBAIK KESELURUHAN : SAMSUNG GALAXY NOTE 3
Tiada persaingan, Samsung Galaxy Note 3
adalah telefon yang terbaik anda boleh beli jika anda sedang
mempertimbangkan phablet. Ia adalah satu-satunya telefon pintar yang
dilengkapi stylus terbina bersama-sama aplikasi khas untuk mengambil
nota, melukis dan lain-lain lagi. Tambahan lagi, ianya juga dikuasakan
oleh hardware terbaik dan sarung kulit yang eksklusif membuatkan peranti
ini teramat selesa digunakan. Sekiranya anda mampu, phablet ini patut
jadi pilihan utama.
- Skrin: 5.7-inci Super AMOLED (1920×1080 pixels) dengan Gorilla Glass 3
- Processor: Quad-core Qualcomm Snapdragon 800 / Octa-Core Exynos 5 Octa 5420
- RAM: 3 GB
- Kamera: 13 MP belakang (1080p videos), 2 MP hadapan (720p video)
- Memori: 16/32/64 GB dalaman, microSD sehingga 64 GB
- Sambungan: 3G, Wi-Fi a/b/g/n/ac, Bluetooth 4, NFC
- Batteri: 3200 mAh
- OS: Android 4.2 Jelly Bean (Upgradable to 4.4 KitKat)
KALIS AIR : SONY XPERIA Z ULTRA
Jika anda mahu telefon skrin besar yang tidak akan rosak dan boleh digunakan dalam hujan atau di kolam renang, Xperia Z Ultra adalah pertaruhan terbaik anda. Selagi pelindung getah pada port telefon pintar tersebut disumbat, anda tidak perlu risau tentang kemasukan air. Ianya benar-benar kalis air. Cuma kekurangan pada telefon pintar ini adalah kualiti kamera yang agak biasa-biasa dan tahap ketahanan bateri yang kurang berbanding Galaxy Note 3.
- Skrin: 6.4-inch IPS (1920×1080 pixels) dengan kaca kalis calar
- Processor: 2.2GHz Quad-core Qualcomm Snapdragon 800
- RAM: 2 GB
- kamera: 8 MP kamera belakang tanpa LED flash (1080p videos), 2 MP kamera hadapan (1080p video)
- Memori: 16 GB dalaman, microSD sehingga 64GB
- Sambungan: 3G, Wi-Fi a/b/g/n/ac, Bluetooth 4, NFC
- Batteri: 3050 mAh
- OS: Android 4.2 Jelly Bean (Boleh naiktaraf ke 4.4 KitKat)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..