Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, March 13, 2014

Suasana tegang di hotel, bapa penumpang MH370 ‘mengamuk’


Selamat Omar, 60 melalui minggu yang amat sukar di lobi Hotel Everly, Sepang tempat keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditempatkan sementara misi mencari dan menyelamat masuk hari kelima.
Beliau kelihatan mundar mandir berjalan sesekali keluar untuk menghisap rokok dan adakalanya bertegur sapa dengan media yang membuat liputan.
Selamat antara ahli keluarga penumpang yang mesra media dan tidak pernah sesekali menolak apabila soalan ditanya wartawan.
Namun hari ini selepas lebih 100 jam misi pencarian pesawat penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang sejak Sabtu lalu, bapa kepada Mohd Khairul Azmi, 29, itu dilihat meninggikan suara kepada petugas MAS pagi tadi.
Suasana tegang apabila beliau menyuarakan perasaan tidak puas hati yang kemudiannya menarik perhatian wartawan dan jurufoto untuk merakamkan insiden tersebut.
Bagaimanapun suasana tegang reda selepas beliau berjaya ditenangkan oleh petugas MAS.
Selamat kemudiannya berjalan ke luar lobi di mana beliau dikerumuni media bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang insiden tersebut.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Bera, Pahang mengakui mengamuk kerana petugas MAS lambat memaklumkan berita perkembangan pesawat tersebut kepadanya.
"Selalunya jam 10 saya sudah mendapat maklumat tapi hari ini lewat lebih setengah jam macam itu, jadi saya marah."
"Tapi sekarang ini sudah tidak ada apa. Petugas MAS pun sudah menerangkan kepada saya dan saya memahami kesukaran mereka juga dan apa pun mereka perlu menunggu pengesahan daripada Jabatan Penerbangan Awam, (DCA)," katanya kepada media.
Antara lain beliau turut ditanya mengenai sumbangan yang bakal diberikan MAS kepada setiap ahli keluarga penumpang pesawat terbabit.
Bagaimanapun beliau berkata biarpun pihak MAS ada memaklumkan mengenai sumbangan itu namun Selamat tidak mengetahui jumlah yang akan diberikan.
"Pihak MAS tidak memberitahu beberapa jumlah yang bakal kami terima," katanya.
Bagaimanapun keadaan menjadi tegang semula apabila Selamat dilihat meninggi suara kepada kaunselor yang menghalang beliau untuk bercakap dengan media antarabangsa CNN.
Sejurus selepas Selamat ditemuramah oleh wartawan CNN, beliau ditarik oleh kaunselor yang kemudiannya berkata sesuatu kepadanya.
Ia menyebabkan Selamat meninggikan suara kepada kaunselor tersebut dengan berkata; " Awak tidak boleh buat saya macam ini," katanya.
Mengulas mengenai perkara itu Selamat memberitahu kepada The Malaysian Insider bahawa kounselar yang bukan daripada petugas MAS itu menghalangnya bercakap dengan media.
"Dia tidak boleh suruh saya macam itu. Saya marah kerana dia tidak membenarkan saya bercakap dengan media. Itu hak saya.
Saya bebas cakap dengan siapa sahaja," katanya.
Bagaimanapun beliau menafikan bahawa adanya arahan yang dikeluarkan oleh MAS untuk petugasnya menghalang ahli keluarga mendekati media.
"Tidak ada arahan begitu. Saya kalau nak cakap dengan siapapun, saya akan cakap," katanya.
Biarpun tidak menyatakan kerisauan mengenai anaknya itu, riak muka jelas menceritakan segala-galanya.
"Saya tidak boleh tidur juga tidak boleh duduk satu tempat. Bila malam tidak boleh tidur, saya akan cakap dengan doktor," katanya.-TMI


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...