Kapten Nik Huzlan Bekas Ketua Pilot MAS Bongkar Tragedi MH370!
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain (Pendedahan Bekas Ketua
Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370) : Berita CNN adalah
tidak boleh dipercayai sumber!!! Siapa kata?
Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba
sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di Berita
Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik
Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines).
Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain
Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun
Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi
seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu
bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton
kapten nik ahmad huzlanBerita Semasa cukup tertarik dengan penerangan
Datuk Kapten Nik Huzlan. Datuk Kapten Nik Huzlan berjaya menjawab
persoalan dengan jelas dalam bahasa & analogi yang lebih mudah untuk
difahami lebih-lebih melibatkan aspek teknikal.
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan bersama dengan pembaca BS
antara pendedahan yang dilakukan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik
Hussain mengenai perkembangan MH370 yang terkini. Terbaik!
Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?
Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus
isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi
dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan
pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya
berlaku sekalipun,pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat
pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak
bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana
menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik,bahkan menurut
Kapten,juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk
selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu
untuk mereka putus asa.
Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik
itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang
Berita Semasa tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Kapten Nik
Huzlan, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan
negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan
jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace
mereka.
Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat
dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak
terhuyung-hayang
Lagi Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : MH370 Dirampas (MH370 Hijacked)?
Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370
hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada
yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan
tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di
mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala
komando
Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370
berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan
dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar
Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan
oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia.
Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit
mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya
salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal
terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil
berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)
Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ade masa untuk bersedia menghantar isyarat kecamasan.
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan
sekiranya MH370 hijacked (Mh370 dirampas) oleh kabin krew
(pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif
mereka
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370
pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih
boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa
terdapat banyak radar yang boleh detach MH370 jika Mh370 turn over ke
arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika Mh370 turun kebawah
menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea’ iaitu
lauatan hindi, baru kata kapal terbang Mh370 hilang, kerana tiada radar
yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat Mh370
ini.
Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie
adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik
Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203
milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de
Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua
tahun kemudian
SUMBER
Artikel Berkaitan
* SIAPAKAH SEBENARNYA KAPT ZAHARIE AHMAD SHAH klik sini
* BOEING 777-200 BOLEH TERBANG BAWAH RADAR klik sini
* 3 SITUASI KEMUNGKINAN BERLAKU PD MH370 klik sini
* KAEDAH PARANORMAL DLM MENCARI MH370 klik sini
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..