Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, March 19, 2014

MH370: Penumpang Tidak Sedar Pesawat Dilencongkan/Dirampas


Dengan cuaca yang amat baik, pada jam 12.41 pagi Sabtu, pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 berlepas daripada KLIA menuju Beijing, destinasi terakhir pesawat itu.

Pesawat selain membawa 239 penumpang dan 12 krew juga lebih 4 tan buah manggis, buah tempatan yang dikatakan anti ketuaan. Jumlah buah manggis yang banyak itu yang diangkut dengan pesawat itu kini dicurigai, kemungkinan telah dipasang bom yang menyebabkan pesawat meletup di udara. Namun, berasaskan data satellite, pesawat tidak meletup, atas sebab, pesawat meneruskan penerbangan selama 7 jam, kerana blips pesawat malang itu kali terakhir diterima pada pukul 8.11 pagi 8 Mac, satu setengah jam, seharusnya pesawat malang itu mendarat di Beijing.

Penerbangan hanya kurang sejam, apabila pesawat MH370 hilang daripada radar. Jam 1.30 pagi, mutlak pesawat hilang daripada radar menara Subang, namun pada 2.15 (sebelum ini 2.40) radar militeri mengesan pesawat itu 200 batu nautika di utara Pulau Pinang, radar Thailand juga mengsahkan bahawa pesawat malang itu sedang terbang pada laluan itu.

Masa kurang sejam, kemungkinan krew belum menghidangkan makanan atau minuman. Mungkin tanda amaran pasangkan tali pinggang baru dipadamkan. Tambahan lagi, tiada sebarang panggilan kecemasan baik daripada pilot/co-pilot atau penumpang yang mengsahkan bahawa pesawat dalam kecemasan misalnya di rampas.

Tahun 2001, apabila 4 pesawat dirampas untuk mencipta 9/11, block box pesawat, ACARS dipenuhi suara panggilan penumpang yang sedang panik; akan tetapi bagi pesawat malang MH370, panggilan itu tidak berlaku antara pukul 12.41-1.30. Mungkin penyebab tidak diterimanya panggilan, atas sebab ACARS pesawat itu tertutp selang 14 minit antara satu jam 1.07 dan 1.21. Ketiadaan panggilan itulah, ketiadaan data yang dihantar ACARS, menyebabkan pihak pasukan mencari dan menyelamat membuat kesimpulan bahawa sistem komunikasi pesawat malang itu ditutup dengan sengaja.


Pesawat selama sejam terbang dengan kelajuan 400 knots arah timur kelantan dengan ketinggian 35,000 atas permukaan laut dan sedang bersiap memasuki ruang udara Vietnam, co-pilot sempat memberi salam terakhir pada menara Subang dengan kata-kata "All Right, Goodnight" kata-kata diluar kebiasaan sebelum pesawat malang itu hilang sepenuhnya daripada radar.

Seorang juruterbang yang berpusat di Narita Jepun, berjaya berhubung menggunakan saluran kecemasan dengan pesawat malang itu atas permintaan menara kawalan Vietnam, atas sebab, menara kawalan negara itu, gagal berkomunikasi dengan pesawat malang itu, kerana adalah satu kebiasaan, apabila pesawat penerbangan komersial memasuki ruang udara sesebuah negara, maka menara kawalan udara negara itu akan mengambil alih kawalan kepada sesebuah pesawat.

Juruterbang yang berpusat di Narita, Jepun itu berkata bahawa semasa berkomunikasi dengan co-pilot pesawat malang itu kira-kira 1.30 pagi, keadaan kokpit pesawat MH370 sungguh bising, sehingga percakapan dengan co-pilot tidak jelas dan tidak difahami (kerana semacam mumbling) kemudian percakapan terputus. Terputusnya hubungan adalah perkara biasa antara pesawat terbang.

Walaupun terputus hubungan dengan menara Subang, pihak Mas, tidak merasa panik, atas sebab itu, syarikat itu memerlukan sekurang-kurangnya 9 jam sebelum membuat pengumuan bahawa pesawat MH370 dipercayai hilang. Kemudian, Pemangku Menteri pengakutan dan Menteri Pertahanan memerlukan masa lebih 12 jam sebelum membuat sidang akhbar berkaitan dengan kehilangan pesawat itu.

Selepas 12 hari kehilangan pesawat MH370, pasukan pencari dan penyelamat, masih clueless berkaitan kehilangan misteri pesawat malang itu. Hanya data satellite digunapakai bagi menghidupkan peluang mencari dan menyelamat pesawat malang itu. Data satellite tidak dapat mengetahui lokasi pesawat, atas sebab itu liputan pencarian dan menyelamat kini di bahagi kepada dua koridor luas, selatan dan utara yang meliputi 2.3 juta persegi batu nautika.

Operasi mencari dan menyelamat, terkekang, atas sebab tiadanya panggilan daripada pesawat malang itu; dan atas ketiadaan panggilan itu, besar kemungkinan penumpang tidak menyedari bahawa pesawat dilencongkan atau dirampas. Penumpang terperangkap dengan tindakan yang berlaku dalam pesawat secara mendadak, besar kemungkinan semuanya pingsan, semasa pesawat itu terbang pada ketinggian 45,000 kaki atas permukaan laut, di atas limit yang dibenarkan. Menerbangkan pesawat dengan ketinggian itu, dengan saluran oksigen yang ditutup, menyebabkan penumpang "knock out". 
 
 
 
 ~ kredit & sumber


Mungkin ANDA meminati Artikel InI

*  SIAPAKAH SEBENARNYA KAPT ZAHARIE AHMAD SHAH klik sini

*  BOEING 777-200  BOLEH TERBANG BAWAH RADAR klik sini

*  WANITA 'HALIMUNAN" di KLIA klik sini

*  BEKAS KETUA PILOT MAS BONGKAR MISTERI MH370  klik sini
 
 



 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...