Selepas
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai
Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kepada umum 1 Mac lalu, sudah ada
kegemparan berlaku iaitu cubaan kes bunuh diri.
Individu yang mencatat ‘rekod’ sebagai orang pertama terjun dari
jambatan tersebut adalah pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun
yang merupakan anak saudara seorang timbalan menteri.
Mujurlah dia berjaya diselamatkan nelayan yang berada berhampiran jambatan.
Kini, sebuah lagi kisah sensasi melibatkan Jambatan Kedua Pulau Pinang
kembali disebarkan iaitu kemunculan pocong yang berjaya dirakam imejnya.
Imej
yang disebarkan berupaya bayangan sesuatu berwarna putih yang salah
satunya kelihatan seperti berada dalam kedudukan sedang meloncat.
Bagaimanapun sejauh mana kebenaran cerita ini masih boleh dipertikaikan apatah lagi kisah hantu atas jambatan bukan modal baru dalam dunia mistik tanah air. - See more at: http://penpicit.blogspot.com/2014/03/gempar-penampakan-imej-pocong-di.html#sthash.3QjgbnbT.dpuf
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..