Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, February 15, 2017

pakej mengaji al-Quran sejam US$7,500 (RM33,400) di atas jet peribadi diminati hampir 100 peserta


Qariah popular Sharifah Khasif Fadzillah membaca al-Quran di atas jet mewah dalam satu foto bagi mempromosi pakej mengaji RM33,000 sejam. — Foto ihsan Elite Jets

Qariah popular Sharifah Khasif Fadzillah melambai tangan selepas meninggalkan jet mewah yang menawar pakej mengaji RM33,000 sejam di awan biru. — Foto ihsan Elite Jets



KUALA LUMPUR, 14 Feb — Sejak dihebahkan Khamis lalu, pakej mengaji al-Quran sejam US$7,500 (RM33,400) di atas jet peribadi diminati hampir 100 peserta daripada pelbagai latar belakang dari dalam dan luar negara.

Menegaskan harga sedemikian sepadan dengan perkhidmatan, pengarah syarikat Elite Jets menafikan penganjur menggunakan agama untuk perniagaannya.

“Sekarang tengah dapatkan maklum balas, memang menggalakkan. Saya dapat maklumat lebih 50 ke 100 orang yang ingin sertai. Orang negatif ramai, seolah-olah macam hendak jual agama.

“Daripada kami berikan perkhidmatan pada orang kaya bawa perempuan simpanan dan arak semua itu, kenapa tidak kami bawa pendekatan secara Islamik. Mana yang anda hendak?

“Orang kaya-kaya hendak akhirat juga, tidaklah biar dunia semata-mata, bukan?

Selalu apabila dengar orang kaya-kaya ini, semua negatif pasal Islam.

“Jadi kita martabatkanlah [program agama],” kata Nik Eleena Zurenee Nik Mustapha ketika dihubungi ProjekMMO hari ini.

Mahu menampilkan penerbangan unik, Nik Elena berkata beliau memang mensasarkan golongan kenamaan dan orang penting (VVIP) dari Malaysia, Arab Saudi dan Brunei.

“Kami rasa kenapa tidak buat kelainan, mereka datang ke negara guna jet peribadi dan pada masa sama ustazah [Sharifah] mengajar atas penerbangan.

“Tidak semestinya ke Dubai. Kalau hendak ke Indonesia dalam dua jam boleh juga. Kalau ke Dubai, tujuh jam pergi dan tujuh jam balik, dalam 14 jam [semuanya], jadi darablah dengan US$7,500.

“Tetapi ia [pakej] bergantung pada kapal terbang juga. Ada kapal kami yang lebih murah. Jadi harga berbeza-beza, bergantung kepada tempat duduk,” katanya, yang mempunyai 30 jet peribadi.

Sementara itu, pengurus qariah popular itu Haryati Mohd Tahar berkata kelas pertama dijangka bermula Mei ini.

“Kita cuba mulakan rombongan sebelum Ramadan ini, mungkin bulan Mei ini tengok pada kekosongan jet nanti.

“Mula-mula akan berlepas jam pertama untuk sesi perkenalan dan jam kedua ada kelas. Aktiviti makan dan sebagainya. Selepas itu ustazah akan beri tazkirah mengenai Quran,” katanya, menjelaskan aktiviti dalam pakej tersebut, kepada ProjekMMO.

Haryati bagaimanapun menegaskan kelas mengaji yang dikendalikan Sharifah Khasif tidak hanya untuk kenamaan sebaliknya ada juga kelas-kelas pengajian untuk golongan kebanyakan.

“Mereka nampak kelas jet peribadi sahaja. Sebenarnya kita ada kelas untuk golongan yang tidak kemampuan.

“Golongan sederhana ada yuran tertentu dan yang berkemampuan seperti kerabat diraja [yurannya berbeza].

“Kelas biasa ada di masjid di Ampang, sudah dua tahun. Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya lagi.

Hari ini, mStar Online melaporkan kelas tersebut menawarkan pakej mengaji memilih ke destinasi luar negara termasuk China atau Australia.

Pelajar boleh merasai pengalaman belajar al-Quran pada ketinggian 9,000 meter dalam jet bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta).

Sebuah video hampir 16 minit yang dimuatkan di Facebook Sharifah Khasif pada Khamis lalu menunjukkan sesi pengenalan kelas di dalam pesawat jenis Falcon 2000.

Video tersebut mendapat 180,000 tontonan dan lebih 4,000 perkongsian di Facebook.














SUMBER

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...