“Saya sendiri membuat keputusan ini dan saya juga yang memilih untuk menyertai PKNS FC.
“(SC) Beira Mar dan saya sudah mencapai persetujuan bersama, iaitu mereka melepaskan saya.
“Jadi khabar angin yang menyatakan saya dipinjamkan ke kelab ini selama enam bulan dan akan kembali semula ke Beira Mar, tidak benar. Saya sudah bebas sepenuhnya daripada Beira Mar dan tak akan kembali ke sana,” katanya pada sidang media memperkenalkannya sebagai pemain baru PKNS FC, semalam.
Namun di sebalik jawapannya itu, Nazmi seolah-olah membuat kenyataan yang bercanggah apabila menegaskan keputusan untuk pulang ke Malaysia dibuat dalam tempoh yang begitu singkat.
“Keputusan yang dibuat ini memang tidak dijangkakan, keputusan yang saya buat secara mengejut.
“Apapun, saya fikir keputusan ini terbaik untuk saya. Tiada desakan mana-mana pihak,” katanya yang sering diganggu ejennya, Marco Guimaraes apabila pihak media bertanyakan soalan ‘panas’.
Malah Guimaraes sendiri gagal memberikan jawapan meyakinkan ketika ditanya mengenai kepulangan Nazmi ke Malaysia.
Ditanya adakah FAM dimaklumkan mengenai kepulangan Nazmi, Guimaraes sekadar berkata: “Kenapa perlu babitkan FAM?” Sementara itu, Presiden PKNS FC, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata, Nazmi sudah mengikat kontrak tiga tahun bersama pasukan yang beraksi di Liga Super itu dengan membabitkan sejumlah yuran perpindahan yang enggan didedahkan.
“Untuk dapatkan Nazmi bukan sesuatu yang dirancang. Kami didatangi ejennya yang menyatakan kontrak Nazmi dengan Beira Mar sudah tidak ada lagi.
“Bermakna Nazmi bebas untuk bermain dengan mana-mana kelab. Dia diberi pilihan dan PKNS menjadi pilihan utama Nazmi,” katanya.
Noor Hisham berkata, pihaknya akan bertemu dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) esok bagi membincangkan mengenai kepulangan Nazmi serta berharap FAM dapat memberi lampu hijau untuk pemain tengah itu beraksi dengan kadar segera.
Jika mengikut peraturan, Nazmi hanya boleh dibenarkan bermain ketika jendela perpindahan pemain kedua yang akan dibuka pada April.
Arena Metro semalam melaporkan penjelasan bapa Nazmi, Mansor Mustapha yang tidak mahu kepulangan anaknya itu disalahertikan, sebaliknya menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang baik bagi meneruskan karier Nazmi.
~SUMBER
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..