Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Monday, February 11, 2013
Musa: ‘Arab Spring’ boleh berlaku andai pihak kalah tidak puas hati
ALOR STAR, 10 Feb – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.
“Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat.
“Pihak-pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang,” katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepada anggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah di sini, hari ini.
Menurut Musa, pihak polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang sebarang kejadian buruk berlaku.
“Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan.
Akta baru belum tahu lagi keberkesanannya.
“Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa,” katanya.
Kepada satu soalan, Musa menegaskan beliau tidak akan menyertai sebarang parti politik sebaliknya akan berjuang atas diri sendiri bagi demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Dalam taklimatnya, beliau melahirkan rasa sedihnya kerana ada segolongan ahli politik negara ini sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi mencapai cita-cita politik mereka.
“Dulu agensi perisikan Amerika, CIA menyerap masuk bagi menghuruharakan sesebuah kerajaan tetapi sekarang Yahudi dan Barat menggunakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerap konsep liberisme dan sebagainya.
“Mereka gunakan NGO-NGO menuntut kerajaan lebih telus, menggalakkan LGBT, biseksual, transeksual dan sebagainya. Ini cara mereka hendak melemahkan Islam. Jika tidak liberal barat akan anggap kerajaan tersebut zalim,” tambahnya.
Musa berkata fitnah terus-terusan pemimpin pakatan pembangkang yang menyifatkan kerajaan pusat sebagai perasuah dan lemah setiap hari adalah supaya rakyat mempercayai mereka.
“Taktik ini mampu mempengaruhi rakyat padahal mereka yang menguasai empat buah negeri tidak mentadbir dengan lebih baik,” katanya.
“Saya khuatir keselamatan negara akan terancam sekiranya kerajaan gagal menangani pemimpin-pemimpin rakus, jenayah terancang, ah long, pelampau agama, hasutan dan gerakan sulit.
“Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit dan tidak dibuat secara terpilih,” kata Musa. – Bernama
Labels:
PRU13 Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..