PETUA MELAYU LAMA
Petua Mandi Bunga
a. Mandi Bunga
dalam hubungannya dengan budaya orang Melayu memang sudah tidak asing
lagi. Mandi bunga adalah antara amalan yang masyhur. Mandi bunga
dilakukan kerana dua sebab. Yang pertama semata-mata untuk mewangikan badan dan menyegarkannya. Yang kedua, untuk memiliki tujuan-tujuan tertentu seperti menghilangkan sial dan sebagainya.
b. Bagi tujuan kedua, mandi bunga adalah salah satu cara pengawalan
atau penyembuhan, dalam sistem perubatan Melayu tradisional. Selain
bertujuan membuang sial, mandi bunga juga merupakan rawatan untuk
menyingkir tenaga asing seperti kuasa sihir, membuang penyakit,
menemukan jodoh, menaikkan seri, mendatangkan tuah dan mencapai hajat
tertentu.
Syarat dan Petua
Masukkan bunga-bunga itu
ke dalam bekas berisi air. Bekas kristal lebih baik. Ada yang
menggunakan air sejuk yang telah dijampi kerana dipercayai boleh
dijadikan penawar. Air jampi atau penawar ini boleh diminum, disapu atau
digunakan untuk mandi. Sebagai air mandi, air penawar atau jampi akan
dicampur dengan air biasa kerana air jampi biasanya disediakan hanya
segelas atau semangkuk sahaja
Ada yang mensyaratkan bunga
perlu direndam semalaman. Ada pula yang mensyaratkan bahawa bunga dalam
air harus mendapat sinar matahari langsung selama beberapa jam sampai
bunga layu, yang menandakan energi bunga itu telah larut dalam air.
Sinar matahari mampu melepaskan energi bunga ke dalam air.
Kemudian, campurkan air bunga dengan air untuk mandi. Dikatakan, air
bunga untuk mandi lebih baik ketika masih hangat (tak lama setelah
terkena sinar matahari)
Menyiapkan air bunga sebaiknya
dilakukan sendiri. Campur tangan orang lain, terutama jika orang lain
ikut menyentuh air bunga, dikhuatirkan mengurangi energi bunga akibat
perpindahan energi.
Mengikut pantang larang Mandi Bunga, anda
tidak boleh membersihkan sendiri sisa mandian. Orang lain yang kena
bersihkan sisa mandian sebab ‘sial’ itu sudah ‘tumpah’ ke bahan-bahan
mandian. Justeru kalau orang yang mandi sendiri yang bersihkan sisa
tersebut, ‘sial’ itu boleh ‘hinggap’ semula. Tuah yang dijemput akan
lari dan apa yang dihajati tidak dicapai.
Mantera dan Doa
Mandi Bunga juga diiringi dengan bacaan mantera dan doa. Mantera yang
dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ (semangat) atau tenaga tak
berperibadi yang tersendiri dan dipercayai akan mendatangkan manfaat
yang diinginkan.
Unsur-unsur ‘Islam’ akan ketara apabila
bacaan mantera akan dimasukkan lafaz bismalah, dan diakhiri dengan
hamdalah dan syahadah. Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca
surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi
ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga
dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Biasanya,
bomoh akan berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma
berikhtiar’.
Berikut adalah antara mantera khas mandi, mengikut amalan orang Jawa.
‘Bismillah, niat ingsun adua ing telaga sari,
Banju sutji den edusi para Nabi,
Den kosoki para Wali, den turuni tjahjaning para widadari,
Bjar mubjar gumebjar badan sariraku
Lailaha illa’llah Muhammad Rasullullah’
~ Admin : Pernah juga mandi bunga Segar bangkit Aura dan semangat Baru...best
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya ada sabun pati 7 jenis bunga (HomeMade) dan sedang mencari pengedar utk produk saya.
ReplyDeleteSabun ini mengandungi pati asli 7 jenis bunga harum, utk kaum wanita yang ingin membersihkan badan sebelum upacara Mandi Bunga.
tuk
Penghantaran Percuma seluruh Malaysia.
sms pesanan kpd 011-1197 2340 (Admin)