Abon terbabas masuk longkang
Mersing: Pelawak dan pelakon terkenal, Abon atau nama sebenarnya
Sharizan Ahmad, 53, sanggup meninggalkan kenderaannya yang terbabas di
Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau di sini dan menumpang kenderaan lain
untuk ke Dataran Pulau, Mersing, semata-mata kerana enggan menghampakan
peminatnya.
Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Abon dikatakan dalam perjalanan ke
Mersing menghadiri majlis My Beautiful Malaysia dari Gambang, Kuantan,
Pahang, sebelum kereta BMW dipandunya terbabas.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak melemahkan semangat pelawak terkenal
itu, sebaliknya beliau menumpang orang ramai yang melalui jalan itu
untuk meneruskan perjalanan.
Abon ketika ditemui berkata, dia enggan menghampakan ribuan peminat yang
sedia menunggu di Dataran Pulau, Mersing menyebabkannya nekad
meninggalkan keretanya di tempat kejadian.
“Saya baru selesai menghadiri majlis makan malam di Gambang malam
semalam (kelmarin) sebelum bertolak ke Mersing pagi tadi (semalam) bagi
memenuhi undangan majlis ini.
“Ketika kejadian saya memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru
berhenti dan jalan licin. Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh
kereta terbabas ke kanan menyebabkannya melanggar tebing tanah dan
terperosok dalam longkang,” katanya.
sumber:
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..