Keistimewaan Perubatan Islam - Madu Lebah
a. Dalam Islam, terdapat beberapa ubat-ubatan yang telah tercatat di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai panduan manusia sejagat. Namun begitu, ada juga orang yang tidak mempercayainya, malah lebih mengagung-agungkan perubatan moden yang kebanyakannya mengandungi dadah yang bersifat ‘bertahan’ terhadap penyakit, dan bukan bersifat ‘mengubati’ penyakit. Ia juga turut memberi kesan negatif terhadap badan dalam jangka waktu panjang.
b. Salah satu perubatan secara Islam adalah berubat dengan menggunakan madu :
Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud :
“Jika ada pada sesuatu ubat antara ubat-ubat kamu itu kebaikan, atau akan mewujudkan kebaikan, maka dia adalah berada pada gurisan pisau pembekam atau berada pada minuman madu.”
[HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad]
Allah s.w.t. mempermudahkan kita untuk memperolehi madu menerusi binatang bernama lebah. Allah memberi keistimewaan kepada lebah untuk menghisap minuman (madu) daripada beraneka bunga-bungaan sepanjang pengembaraan antara pokok-pokok yang berlainan untuk mengumpul madu-madu kerana kombinasi madu yang didapati daripada pelbagai bungaan itu merupakan ubat bagi manusia.
Abu Said al-Khudri ra. menceritakan :
“Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi saw. Seraya berkata yang bermaksud: “Sesungguhnya saudaraku telah mengalami sakit perut (memulas).”
Maka Rasulullah saw. pun bersabda yang bermaksud : “Berilah dia minum madu.”
Maka lelaki itu pun memberi minum madu kepadanya. Kemudian dia (datang lagi lalu) berkata : “Sesungguhnya saya telah memberi dia minum madu, tetapi dia semakin memulas sakit..”
Maka Rasullullah sekali lagi menyuruhnya memberi minum madu lagi.
Lelaki tersebut pulang dan memberi minum lagi kepada saudaranya, tetapi masih membawa khabar yang sama sehingga Rasulullah saw. tetap bersabda seperti yang pertama pada kali ketiganya. Tetapi lelaki tadi tetap datang kembali pada kali keempatnya dan Rasulullah tetap menyuruhnya memberikan madu.
Untuk kali ke 5 lelaki itu kembali lagi sambil berkata : “Sungguhnya saya telah memberinya minum, tetapi dia semakin memulas sakit.”
Mendengar demikian, Rasulullah saw. bersabda yangbermaksud :
”Benarlah Allah dan dustalah perut saudara engkau”.
Maka lelaki tadi (pulang) memberinya minum madu lagi, dan dia sembuh.” [HR. Bukhari, Muslim, Turmizi, dan Ahmad]
c. Dalam peristiwa ini, apa yang berlaku adalah disebabkan oleh tindak balas madu terhadap penyakit. Pada mula tindak balas, ia akan menyebabkan pesakit akan merasa bertambah sakit buat sementara waktu sebelum sembuh sepenuhnya. Ia merupakan cara atau dasar perubatan. Mengikut kajian, didapati madu merupakan satu-satunya ubat penyembuh hampir bagi seluruh penyakit manusia terutama penyakit dalam perut, sakit dalam dada (lelah, batuk, lemah jantung).
d. Digalakkan untuk menyimpan stok madu di dalam rumah dan digunakan untuk keperluan membina kesihatan, kesuburan, menahan daripada serangan penyakit dan dapat pula mengubati pelbagai penyakit yang berhubung dengan mental (mengingat) dan fizikal.
e. Allah swt. menganugerahkan kesihatan sebagai suatu nikmat yang perlu disyukuri oleh setiap insan. Begitu juga Allah jadikan penyakit sebagai suatu ujian yang harus dihayati bahawa betapa besarnya erti kesihatan dalam diri kita. Kita dianjurkan berikhtiar berubat agar kesihatan yang diperolehi dapat digunakan untuk mengabdi diri kepada Allah swt.
f. Rasullullah saw. juga memberikan berbagai panduan dalam mengubati penyakit. Kaedah yang digunakan oleh baginda adalah berdasarkan wahyu dan panduan Ilahi. Para sahabat mengakui tentang kemujaraban pengubatan yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
Maka selayaknyalah kita mengambil pedoman yang ditunjuk oleh Rasulullah saw, di samping ikhtiar lain yang diberkati Allah swt.

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..