MOSCOW: Sebuah meteor besar menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia
hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan
mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku
di zaman moden ini.
Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya
Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk
melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.
Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat
puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di
tempat kejadian.
Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.
Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu,
dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak
termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki
ais.
Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich
berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.
Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga
daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan
lain.
Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan. -AFP- MalaysiaKini
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..