Ops Valentine: Ibu tunggal 49 tahun, pasangan ditahan
~sekadar Gambar Hiasan~ |
BESUT - Sepasang kekasih iaitu
seorang ibu tunggal berusia 49 tahun dan pasangannya berusia 35 tahun,
ditahan ketika sedang memadu asmara di sebuah rumah dalam Operasi Cegah
Maksiat Sempena Hari Kekasih (Valentine Day) di Kuala Besut, malam
kelmarin.
Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, dalam operasi yang disertai sepasukan anggota penguat kuasa syariah Pejabat Agama Daerah itu, mereka memperoleh maklumat awam tentang pasangan bukan muhrim itu berada di dalam sebuah rumah, di sini.
Menurutnya, intipan pada jam kira-kira 12 tengah malam mendapati pasangan tersebut sedang bermadu asmara di ruang tamu rumah kayu itu dalam keadaan lampu terpasang.
“Apabila pintu rumah milik ibu tunggal itu diketuk, pasangan lelaki yang masih bujang beralamat di Kuala Besut itu lari menyorok di dalam bilik,” katanya mengenai operasi yang berakhir jam 4 pagi itu yang turut disertai Sinar Harian.
Azmi berkata, dipercayai wanita berkenaan mengambil peluang bercumbuan dengan pasangan selepas anak lelakinya berusia 9 tahun tidur di dalam sebuah bilik.
Katanya, pasangan itu bersama anak lelakinya terpaksa dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk diambil keterangan sebelum pasangan itu dibebaskan dengan jaminan.
Tangkapan ini menyebabkan wanita ini bakal menghadapi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzil) negeri Terengganu 2001 yang sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Difahamkan wanita yang mempunyai lapan anak itu berdepan tuduhan pertama kerana didakwa bersubahat dengan anak lelakinya berusia 20 an yang ditangkap berkhalwat dengan seorang perempuan di rumah sama pada tahun lalu.
Azmi berkata lagi, dalam operasi sempena Hari Kekasih itu pemeriksaan tertumpu di hotel, chalet, tepi pantai dan kawasan tertentu seluruh daerah khususnya di Kuala Besut, Jertih dan Pantai Bukit Keluang namun tiada pasangan dikesan melakukan maksiat pada tahun ini tangkapan dilakukan di lokasi tersebut berbanding tiga tangkapan dalam operasi sama tahun lalu.

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..