WUHAN - CHINA. Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk membantu membangunkan seorang lelaki yang mempunyai berat 220 kilogram selepas pihak berkuasa dan orang ramai gagal membantunya, kelmarin.
Menurut laporan Shanghaiist, Xiao Huang, 27 sebelum itu terjatuh di kawasan pejalan kaki berkenaan ketika dalam perjalanan ke rumah selepas dirawat di hospital selama seminggu akibat kecederaan terjatuh dalam bilik air.
Selepas terjatuh, Xiao gagal bangun dengan sendiri dan orang ramai cuba membantunya sementara ibu Xiao menelefon pihak berkuasa.
Pihak berkuasa yang hadir kemudian juga gagal menggerakkan Xiao dan pasukan bomba terpaksa dipanggil.
Dengan menggunakan papan yang dibalut dengan kain cadar hospital, Xiao dibaringkan dan 'digulingkan' ke papan tersebut sebelum diangkat dengan oleh lebih 12 pembantu.
Keseluruhan 'operasi' untuk mengambil masa kira-kira 2 jam dan akhirnya Xiao selamat pulang ke rumahnya.
Kata doktor, masalah obesiti Xiao adalah berkenaan genetik.
Disebabkan berat badannya yang melampau, Xiao tidak mampu bersenam dan berada dalam keadaan sangat lemah dan merbahaya untuk kesihatannya.
Satu-satunya cara untuk menyelamatkan Xiao adalah dengan cara pembedahan, kata doktor.
Menurut keluarga mangsa, berat Xiao bertambah dengan mendadak sejak tujuh tahun lepas.
Keadaan tersebut menyebabkan Xiao gagal mendapat kerja selepas tamat sekolah teknik dan hanya menghabiskan masa di rumah dengan bermain permainan komputer.
sumber
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..