JANE ketika diumumkan sebagai pemenang loteri EuroMillions. - Agensi |
LONDON, 13 Feb — Seorang wanita muda Britain ingin menyaman penganjur loteri selepas kemenangannya sebanyak £1 juta (RM5.5 juta) menjadikan “jiwanya kosong.”
Jane Park, 21, muncul pemenang paling muda EuroMillions pada usia 17 tahun tetapi hadiah lumayan itu menjadikan hidupnya lebih derita, lapor The Independent.
Dulu tinggal di pangsapuri kecil dengan ibunya di Edinburg dan berpendapatan £8 (RM44) sejam sebagai pekerja sambilan, beliau kini memiliki dua unit hartanah.
Gadis itu menyangka hidup menjadi lebih senang berkali-kali ganda dengan kemenangan itu tetapi hakikatnya kehidupan bertukar lebih buruk.
“Hampir tiap-tiap hari saya berharap tiada wang langsung. Saya bisikkan pada diri sendiri, 'hidup lebih mudah jika saya tidak menang apa-apa',” katanya.
Bercakap kepada akhbar Sunday Paper seperti dipetik portal itu, Park berkata orang ramai tidak menyedari tekanan berat yang terpaksa ditanggungnya.
Jane Park, kini. |
Beliau menyarankan remaja 18 tahun ke atas sahaja layak berjudi dan bukannya peraturan sekarang yang membenarkan usia yang terlalu muda.
Park berasa terasing apabila kemewahan itu memencilkan dirinya daripada rakan-rakan sebaya yang selalu tertekan dengan gaji kecil.
“Saya rasa macam sudah berumur 40 tahun,” katanya lagi.
Namun pengendali loteri itu di United Kingdom berkata wanita berkenaan telah diberikan panduan untuk mengurus kekayaan dan juga cara berdepan liputan media.
Park bagaimanapun tidak keseorangan. Callie Rogers, pada usia 16 tahun menang judi £1.9 juta (RM10.4 juta) pada 2003 juga mengalami gangguan psikologi.
Selain tidak tahu mengurus kakayaan sekelip mata, remaja itu yang mendapat upah hanya £3.60 (RM20) sejam juga pernah dilaporkan cuba membunuh diri.
Rogers pada 2013 berasa lebih tenang, ingin melupakan hidup terumbang-ambing dengan kemewahan itu dan “kini lebih suka berfikir macam orang biasa.”
Menang loteri RM5.5 juta tapi derita, gadis mahu saman
Jane Park ingin menyaman penganjur loteri EuroMillions setelah menang RM5.5 juta pada usia 17 tahun susulan hidupnya kini penuh derita. — Foto ihsan Instagram/Jane Park |
kredit
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..