Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Saturday, February 04, 2017

Jangkita Rotavirus di Ulu Legong Baling Kedah



Maklumat awal kejadian kluster AGE disyaki jangkitan rotavirus dgn sejarah melawat pusat rekreasi air panas Ulu Legong, Baling.
Notifikasi diterima daripada Hospital Kulim pd 3.2.17 jam 11 pagi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kulim. Siasatan awal mendapati seramai 6 kes telah dimasukkan ke Hospital Kulim pd 1hingga 3 Feb 2017. Semua kes berada dlm keadaan stabil. Kes terdiri daripada kanak-kanak berumur 2 - 11 thn, 3 lelaki dan 3 perempuan, daripada dua keluarga iaitu keluarga melayu dan keluarga India. Kesemua kes mempunyai sejarah mengunjungi pusat rekreasi air panas Ulu Legong pd 30.1.17 jam 1.00 - 4.00 pagi. Keputusan stool for rotavirus adalah positif untuk 2 kes, daripada keluarga yang berlainan, manakala yg lain masih pending.
Jabatan Kesihatan Negeri telah menggambil tindakan segera seperti:
a. Semua Pengarah Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah diminta “alert” semua kemudahan kesihatan termasuk Hospital dan Klinik swasta di daerah masing2 utk melaporkan kes AGE dengan sejarah melawat Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dari 25.1.2017 - 3.2.2017 ke Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
b. Semua Unit Kawalan Penyakit Berjangkit negeri-negeri lain khasnya Pulau Pinang dan Perak telah dimaklumkan untuk memantau kejadian kes AGE jika ada melawat kawasan rekreasi berkenaan.
b. Pejabat Kesihatan Daerah Baling sedang menjalankan siasatan mengenalpasti punca-punca jangkitan di kawasan rekreasi air panas Ulu Leggong dan sekitarnya.
c. Pejabat Kesihatan Daerah Baling akan menutup kawasan rekreasi air panas berikut untuk siasatan lanjut.
d. Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan terus memantau kejadian kes kluster ini dan tindakan kawalan dan pencegahan akan dijalankan melalui semua Pejabat Kesihatan Daerah.
Untuk makluman Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus. Jangkitan ini sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berumur 5 tahun ke bawah. Gejala yang dialami oleh pesakit adalah cirit, muntah, demam dan sakit perut. Pesakit boleh mengalami dehidrasi (kehilangan air dan garam galian) yang teruk melalui cirit atau muntah dan kematian sekiranya tidak dirawat dengan awal.
Rawatan yang penting adalah memastikan kandungan air yang mencukupi dalam badan. Sekiranya mengalami dehidrasi teruk, pesakit memerlukan rawatan hospital dengan memberikan cecair intravena (melalui saluran darah).
Virus ini merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut. Ini boleh berlaku apabila terdapat pendedahan kepada orang lain yang mengalami jangkitan Rotavirus, menyentuh objek atau permukaan yang tercemar dan pengambilan makanan atau minuman tercemar.
Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil adalah:
1. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas dan selepas menukar lampin
2. Memastikan mainan kanak-kanak serta peralatan di sekitarnya adalah bersih
3. Mendapatkan vaksin Rotavirus untuk kanak-kanak
Di Malaysia, vaksin Rotavirus tidak terdapat dalam program imunisasi kebangsaan, tetapi boleh didapati di klinik atau hospital swasta.


 Apakah itu rotavirus? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...