Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Thursday, February 16, 2017
N Sembilan diwarta kawasan penyakit Brusella Abortus
SEREMBAN - Negeri Sembilan akan diwartakan sebagai kawasan penyakit 'Brusella Abortus' yang menyebabkan lembu dan kerbau yang dijangkiti mengalami keguguran, kemandulan dan boleh menyebabkan kematian, selepas tiga kes dikesan di negeri ini
Penyakit itu juga boleh menjangkiti manusia, sekiranya daging yang telah dijangkiti penyakit itu, dimakan
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pewartaan itu bagi membolehkan Jabatan Veterinar menjalankan pemeriksaan di seluruh ladang ternakan dalam usaha mengelakkan penyakit itu merebak sekaligus memudahkan proses bayaran pampasan kepada penternak yang terkesan
"Setakat ini kita telah kesan dua tiga kes di negeri ini yang mana penyakit ini dibawa oleh ternakan (lembu/kerbau) import dan kemudiannya menyerang lembu tempatan. Jadi dalam masa dua ke tiga hari ini kita akan wartakan dan Jabatan Veterinar akan adakan pemeriksaan ke ladang-ladang ternakan untuk ambil sampel darah
"Ternakan yang dikesan ada penyakit ini, kita akan lupuskan serta-merta manakala penternak pula akan diberi pampasan mengikut jumlah ternakan yang terpaksa dihapuskan mengikut harga pasaran semasa," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini
Mohamad berkata pewartaan itu dibuat mengikut Akta Binatang 1953 dan sekiranya langkah itu tidak diambil, ia akan menyukarkan Jabatan Veterinar menjalankan tugas manakala penternak pula tidak dapat diberi pampasan
"Lebih baik kita laksanakan segera pewartaan ini kerana kita mahu bendung segera walaupun ia baru dikesan kerana kalau sudah merebak nanti lagi susah untuk dikawal," katanya
Beliau berkata para penternak pula tidak boleh ingkar sekiranya Jabatan Veterinar mengesan ternakan mereka dijangkiti dan perlu dilupuskan
"Kita tidak mahu jadi kes seperti di Mantin satu ketika dahulu, yang mana penternak dapat lembu susu berpenyakit dan seluruh lembu ternakannya mati," katanya
Mohamad turut menasihatkan orang ramai agar tidak cemas dengan penyakit ini kerana usaha membendung penularannya sedang dilakukan
sumber
Labels:
Kesihatan,
Macam Macam Ada,
Malaysia,
Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..