Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, February 14, 2017

RM70,000 sebulan gaji paling tinggi di Malaysia



KUALA LUMPUR: Pekerjaan dengan gaji paling tinggi di Malaysia ialah pakar bedah dan ketua pegawai kewangan. Kedua-dua pekerjaan itu menawarkan kira-kira RM70,000 gaji bulanan.

Yang kedua tertinggi, menurut Salary Explorer, ialah jawatan pengarah pemasaran dengan gaji RM55,000 sebulan.

Portal yang membuat perbandingan pendapatan itu meletakkan penyelidik klinikal dalam bidang farmaseutikal dan biomedik, di tempat keempat, dengan gaji RM52,917 sebulan.

Ini diikuti dengan broker hartanah dengan gaji RM50,000 dan pengarah pengurusan risiko dalam industri insurans (RM40,111).

Pengarah strategi dalam organisasi perniagaan berada di tempat ketujuh, memperoleh RM30,000.

Juruterbang dengan gaji RM29,375 sebulan di tempat kelapan, sementara pengarah perkhidmatan guaman di tempat kesembilan dengan RM29,083.

Pengurus operasi elektrik dan gas dalam industri minyak dan gas membawa pulang RM27,000 sebulan, yang meletakkan pekerjaan itu di tempat ke-10 dalam senarai kerja berpendapatan tinggi di negara ini.

Semua 10 pekerjaan itu memerlukan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman bertahun-tahun. Mereka juga berada dalam bidang yang kurang persaingan.

iMoney menyatakan antara alasan mengapa pekerjaan itu menawarkan gaji tinggi ialah ia membabitkan masa kerja yang panjang, tanggungjawab terhadap pekerja bawahan, kekerapan ke luar daerah dan waktu rehat tetapi perlu sentiasa ‘stand-by’ yang panjang serta tahap tekanan sentiasa tinggi.

Dalam kaji selidik untuk Panduan Gaji Hays Asia baru-baru ini, didapati 53% rakyat Malaysia mempertimbangkan gaji dan faedah sebagai keutamaan ketika memilih kerja.

Sebagai tambahan, iMoney melaporkan rakyat Malaysia juga melihat cabaran baharu dan kemajuan dalam kerjaya sebagai antara faktor penting apabila mempertimbangkan pekerjaan.

Kebanyakan rakyat Malaysia rasa mereka tidak dibayar dengan gaji yang mencukupi. Tetapi ini bukan hanya dalam kalangan rakyat Malaysia – hampir semua pekerja berperasaan yang sama seperti itu.

Kaji selidik yang dijalankan Salary Explorer mendedahkan rakyat Malaysia memperoleh markah hanya 2.42 dalam kepuasan gaji, tinggi sedikit saja daripada purata dunia iaitu 2.36.

Kaji selidik JobStreet berhubung kepuasan kerja pekerja di Malaysia menunjukkan daripada segi gaji, sebanyak 61% responden berpendapat gaji mereka rendah dan tidak cukup untuk kelangsungan hidup.







10 PEKERJAAN GAJI TERTINGGI DI MALAYSIA 








sumber

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...