TEHERAN: Menghormati laungan azan lima kali sehari di Iran semakin diperketatkan.
Pertubuhan Penerbangan Awam Iran semalam mengumumkan perintah semua
pesawat tidak dibenarkan berlepas ketika azan dilaungkan sebelum umat
Islam bersolat.
Semua pesawat yang dijadualkan berlepas di Iran kini perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sehingga azan subuh selesai.
Ketua Pertubuhan Penerbangan itu, Hamid Reza Pahlevani dipetik oleh
Agensi Berita Pelajar Iran sebagai berkata, perintah itu adalah untuk
membenarkan penumpang menunaikan tanggungjawab agama mereka.
Jurucakap Jawatankuasa Budaya Parlimen, Ali Taherani dipetik oleh
Reuters sebagai berkata, selain daripada sekatan penerbangan, pemantauan
juga dilakukan terhadap pakaian wanita yang bekerja di lapangan terbang
atau syarikat penerbangan. - Reuters
sumber:
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..