TUMPAT 28 Dis. – Selepas 10 bulan menjalin hubungan, penjaga gol sensasi
negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha
Jaafar, 21, akhirnya sah bergelar suami isteri pagi ini.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani
Abdul Mutalib kira-kira pukul 10.25 pagi ini dengan disaksikan oleh ahli
keluarga terdekat termasuk ibu bapa kedua mempelai di rumah keluarga
Leuniey di sini.
Pada majlis tersebut, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan Apek
telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang
hantaran dan Nur Eilunie atau Leuniey membalas dengan tujuh dulang.
Apek yang mengenakan baju berwarna kuning muda sah menjadi suami kepada
Leuniey dengan sekali lafaz dan lebih 2,000 tetamu termasuk peminat
setia mereka hadir pada majlis pernikahan tersebut.
~p/s : tumpang gembira..hmm tapi apa cerita blogger jejariruncing..hmmm nanti kita terjah blogg dia ok
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..