Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Saturday, December 29, 2012

1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan


ira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.

NONEPerarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

NONEMereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.

Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi NONEFelda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.

"Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka.

"Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka dan NONEbencana.

"Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya.

Dalam pada itu, turut berhimpun di hadapan Wisma Felda hari ini ialah kira-kira 300 orang yang pro-Felda daripada Majlis Belia Felda Malaysia NONE(MBFM) yang membawa kain rentang antaranya bertulis "Jangan ganggu Felda", "Peneroka Felda bukan kacang lupakan kulit", dan "Persatuan ANAK Pengkhianat".

Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" dan NONE"Zalim...zalim... Mazlan Aliman Zalim".
Kumpulan dari MBFM itu tiba pada jam 2 petang, manakala kumpulan ANAK pula tiba setengah jam kemudiannya.
Berikutan itu, pihak polis membuat sekatan kira-kira 50 meter bagi menjarakkan dua kumpulan itu.
Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil NONEdaripada Felda untuk menyerahkan memorandum.

Selepas itu, kedua-dua kumpulan mula bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepas NONEmenyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya.

Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini.

"Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya.

Antara tuntutan lain yang ada didalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda.

Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh.

"Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman.

Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan.

"Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat.

"Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...