Pages

Thursday, January 31, 2013

PRU13 sengit

Agus: 'Kedudukan menjelang PRU13 sengit'

Wartawan Sinar Harian
31 Januari 2013 
 
 PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, anak kelahiran Machang, Kelantan, antara pensyarah sains politik yang telah menggunakan banyak masa akademiknya untuk mengkaji perkembangan politik, selain mengkaji pola pengundi dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan Indonesia.

Selain tokoh akademik, beliau lebih dikenali sebagai penganalisis politik yang mempunyai kelas yang tersendiri dan penilaian terhadap perkembangan politik tanah air malah hasil kajiannya sentiasa mendapat rujukan pelbagai pihak khususnya ahli politik dan pihak berkepentingan terutamanya menjelang pilihan raya umum tahun ini.

Ikuti temu bual eksklusif Sinar Harian Online bersama beliau bagi mendapatkan gambaran sebenar politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, apakah telahan Prof berhubung peluang pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia?

AGUS: Jika melihat kepada ramalan dari hasil kajian yang dibuat oleh beberapa penganalisis sebelum ini, kedua-dua parti yang bersaing iaitu Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang sama rata.

Prof (Ulung Datuk) Dr. Shamsul Amri Baharudin meramalkan BN akan menang dengan 120 kerusi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan PR akan menang dengan 125 kerusi, bekas Ketua Ekonomi Bank Islam memberikan peluang yang lebih baik kepada PR, dan begitulah juga dengan banyak kajian lain yang telah diberikan oleh para pengkaji dan penganalisis, lebih kurang seimbang sahaja peluangnya.

Tidak ada seorang pun penganalisis yang berani meramalkan mana-mana parti yang bersaing dapat memenangi dengan dua pertiga majoriti sepertimana yang biasa kita dengar sebelum ini.

Bagi saya pula, setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit.

Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi.

Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus.


Kelebihan dan kekurangan BN-PR

SINAR HARIAN ONLINE: Oleh kerana Malaysia satu-satunya negara Komanwel yang belum pernah menukar Kerajaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun lalu, adakah Prof menjangkakan peralihan kuasa itu akan berlaku sepertimana yang berlaku di negara-negara jiran yang lain?

AGUS: Saya telah nyatakan bahawa, kedudukan setiap parti yang bersaing sekarang ini sengit dan masing-masing parti belum menunjukkan “winning posture” yang jelas bahawa mereka akan memenangi pilihan raya ini.

Banyak aspek lain yang perlu diberikan perhatian. Saya perhatikan isu-isu kempen, kekuatan jentera parti, janji-janji politik parti, kredibiliti calon, dan imej parti adalah seimbang. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.

Jika dilihat dari aspek kewangan dan media, saya fikir kekuatan BN melebihi PR dalam soal ini. Tetapi kelebihan BN tidak jauh kerana sekarang ini yang menentukan kemenangan sesebuah parti tidak bergantung semata-mata kepada 3M ('money', 'machinery' dan media) sepertimana dahulunya, tetapi adalah sikap pengundi.

Inilah yang menarik untuk dikaji iaitu tentang sikap pengundi muda, pengundi bandar, pengundi kelas menengah, pengundi kampung, pengundi wanita, pengundi atas pagar, pengundi diam, pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Dengan banyaknya faktor yang masih perlu diambil kira dan senario yang ada sekarang, terlalu awal untuk bercakap tentang perubahan kerajaan.

Satu yang saya pasti ialah jika kerajaan BN masih lagi dapat mengekalkan keselesaan hidup rakyat, maka peluang “status quo” kekal adalah tinggi.

Tsunami 2008 PRU13 berbeza

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula tsunami politik 2008, sejauh mana Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan berjaya melenyapkan gelombang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti?

AGUS: Tsunami 2008 dengan PRU 2013 adalah berbeza. Tsunami 2008 datang tanpa dijangka dan di luar dugaan. Dalam PRU ini, apa juga keputusannya rakyat telah menjangkakannya kerana tidak ada satu parti pun yang akan menang dengan majoriti yang besar.

Apakah kepimpinan Perdana Menteri dapat melenyapkan tsunami 2008 dalam PRU ini? Saya tidak fikir semudah itu kerana seperti yang saya katakan tadi, semuanya adalah seimbang.

Apatah lagi dalam banyak program transformasi yang diumumkan oleh PM, rakyat masih belum menikmati lagi kejayaan dari program tersebut, cumanya dapat menerima beberapa bantuan sosial yang diberi secara “one-off” sahaja. Saya tidak fikir sekadar bantuan “one-off” dapat melenyapkan tsunami 2008.

SINAR HARIAN ONLINE: Ada pihak mengatakan, tsunami 2008 itu berlaku disebabkan rakyat kecewa dengan kepincangan yang berlaku dalam BN, khususnya Umno baik dari segi salah guna kuasa, rasuah, sabotaj calon PRU12, politik wang dan perebutan kuasa. Oleh sebab itu, rakyat beralih arah kepada pembangkang untuk memberi pengajaran kepada BN supaya insaf dan perbaiki kelemahan parti. Sejauh mana pandangan itu mempunyai asasnya?

AGUS: Semua pandangan di atas mempunyai asasnya dan saling berkait antara satu sama lain.  Namun, masih ada empat lagi faktor besar yang menyumbang kepada berlakunya tsunami 2008.

Pertama ialah kemarahan rakyat kepada kenaikan kos hidup disebabkan oleh tindakan kerajaan waktu itu menaikkan harga minyak dalam kadar yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin pun sebelum ini.

Kedua, pengaruh media alternatif yang cukup luar biasa dalam mempengaruhi pengundi muda dan kelas menengah untuk menolak kerajaan.

Ketika itu, kerajaan BN tidak memberikan perhatian yang besar sangat kepada pengaruh dan keberkesanan media ini berbanding dengan sekarang ini.

Ketiga, faktor calon BN yang menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin dalam BN sendiri. Hal ini panjang untuk dihuraikan tetapi telah dibahaskan dengan baik oleh ramai penganalisis sebelum ini.

Satu lagi faktor yang mempunyai persamaan dengan kedudukan BN sekarang ialah tentang janji-janji politik.

Jika pada 2008, rakyat menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada slogan bekerja bersama saya, menghapuskan rasuah, dasar pembangunan koridor bagi setiap wilayah, sekarang ini rakyat juga meletakkan harapan yang tinggi kepada kejayaan pelaksanaan gagasan 1Malaysia, NKRA dan pelbagai program transformasi kerajaan.

Jika pada 2008, harapan tinggi rakyat gagal diterjemahkan dengan baik oleh kerajaan, saya fikir rakyat juga sedang menilai dengan penuh teliti kejayaan pelaksanaan dasar kerajaan seperti yang saya tadi.


SINAR HARIAN ONLINE: Pembangkang sangat sinonim dengan budaya himpunan jalanan dan demonstrasi di negara ini, yang terbaru ialah Himpunan Kebangkitan Rakyat atau #KL112 di Stadium Merdeka yang telah mencatatkan sejarah apabila ia berlangsung dengan aman, tanpa provokasi pihak tertentu dan tanpa keganasan yang melampau. Adakah ia petanda awal Umno-BN akan berkubur pada PRU13 apabila majoriti yang menyertainya adalah orang Melayu?

AGUS: Saya tidak nampak kaitan sebuah perhimpunan  Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung aman dengan petanda bahawa kerajaan BN akan berkubur dalam PRU13 nanti. Jika perhimpunan berlangsung aman, maka itulah yang kita harapkan dan itulah yang kita mahu.

Biarpun majoriti yang hadir dalam  Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah orang Melayu, data yang kumpulan penyelidik saya kutip mendapati majoriti orang Melayu di desa, di tanah rancangan, hatta di bandar masih bersama dengan BN.

Yang menjadi masalah kepada BN sekarang ialah sokongan bukan Melayu kepada PR sekarang ini padu, satu kelainan ketara dari sikap pengundian mereka sebelum PRU 2008.
Jadi, masalahnya sekarang ialah BN menghadapi krisis keyakinan dari bukan Melayu, bukannya orang Melayu.

'One-off' hanya gula-gula sementara

SINAR HARIAN ONLINE: Sejak akhir-akhir ini Datuk Seri Najib dilihat mendahului pembangkang dengan mengguna pakai idea pembangkang yang diubah suai berhubung program kebajikan seperti BR1M, Bantuan Awal Persekolahan, rebat telefon pintar, PR1MA dan sebagainya. Adakah BN ketandusan idea untuk memikat hati pengundi dengan mengubahsuai idea pembangkang dan menjadikan BN semakin popular. Sejauh mana ia memberi kesan kepada sokongan dan menyumbang kepada peningkatan undi pada PRU13 nanti?

AGUS: Menerima pakai idea pembangkang untuk memberikan bantuan kepada rakyat adalah sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya kerajaan bersedia untuk melaksanakan apa juga idea pembangkang yang baik untuk kesejahteraan rakyat.

Persoalannya bukan itu pada saya. Yang penting dijawab ialah sejauh manakah idea pembangkang itu baik?  Dan sejauh manakah bantuan 'one-off' itu memberi kesan positif pada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat?

Saya harus nyatakan tawaran mana-mana parti yang berbentuk 'one-off' itu hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat bagi mendapat sokongan dalam pilihan raya. Langkah PR yang menjanjikan banyak ‘barang percuma’ sekiranya memerintah dan selepas itu cuba diikuti rapat oleh BN bukanlah dasar ekonomi yang baik.

Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat.

Saya harap selepas PRU13 nanti, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada semuanya sama ada kepada rakyat mahupun ekonomi negara.

Terakhir yang perlu saya jawab ialah sejauh manakah bantuan di atas mempengaruhi sokongan pengundi?  Saya tidak nampak memberikan kesan yang signifikan. Rakyat tidak lagi ghairah dengan bantuan tersebut sehingga ada yang sudah menganggap itu sebagai tanggungjawab kerajaan untuk memberikannya.

Rakyat yang tidak menyokong kerajaan juga sudah diberitahu supaya ambil sahaja bantuan yang diberi kerajaan, tetapi undi jangan bagi. Kesedaran politik rakyat kita sudah semakin banyak berubah.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Prof melihat keterdesakan BN dan PR dalam meraih sokongan hingga menjadikan politik samseng sebagai salah satu cara untuk menjajah minda pengundi dan menyekat kebebasan menyampaikan dakyah masing-masing kepada rakyat.

AGUS: Rakyat tanpa mengira dari parti apa pun tidak boleh menerima politik samseng. Jadi, bagi mana-mana parti yang menggunakan taktik ini, yakinilah itu bukannya yang rakyat mahu.

Oleh itu, harapnya kita sama-samalah meraikan perbezaan parti dan pendapat dengan penuh semangat demokrasi. Buat apa takut pada parti lawan sehingga perlu kepada politik samseng? Saya tidak nampak relevannya sikap seperti ini untuk mendapatkan undi rakyat.

Maksimumkan isu

SINAR HARIAN ONLINE: Politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Sejauh manakah Prof melihat pelbagai isu kontroversi yang ditimbulkan pelbagai pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Adakah mereka ingin menjadikannya sebagai polemik hingga pilihan raya nanti?

AGUS: Isu hudud, isu kalimah ALLAH, isu cincin, isu rasuah, isu Teoh Beng Hock, isu air di Lembah Klang dan Kelantan dan apa juga isu yang boleh dipolitikkan akan digunakan sampai ke tahap maksimum untuk mempengaruhi rakyat dalam kempen pilihan raya nanti.

Ini kerana isu adalah sentimen yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi. Saya tidak ada masalah dengan penggunaan isu-isu dalam kempen politik, tetapi masalahnya ialah apabila ada isu yang digunakan itu adalah bersifat peribadi dan mengaibkan. Inilah yang tidak baiknya sehingga menampakkan sikap politik kita yang jauh dari matang.

Oleh sebab itulah, saya melihat ahli politik negara kita ini, adalah antara yang terkuat mentalnya di dunia. Ini kerana untuk terjun dalam arena politik negara, maka mereka mesti bersedia bukan hanya sekadar menadah telinga untuk mendengar pujian dan cacian, tetapi juga bersedia untuk ditelanjangkan dan diaibkan.

Saya sendiri jika ditanya bersediakah untuk terjun dalam dunia politik praktis, saya akan segera jawab tidak mahu dan tidak mungkin kerana saya tidak mempunyai kekuatan itu.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula dengan layanan kerajaan kepada pembangkang dari segi kebebasan bersuara menerusi media arus perdana sepertimana yang diamalkan di Eropah dan negara barat yang lain? Permintaan Presiden Pas untuk menjelaskan Amanat Haji Hadi menerusi stesen tv kawalan kerajaan hingga ke hari ini menjadi persoalan dan pembangkang melihat BN tidak mengamal dasar demokrasi yang luhur dalam hal ini.

AGUS: Saya tidak lihat pembangkang mempunyai peluang untuk mendapat liputan berita yang baik dalam media perdana di negara kita. Sebab itulah ramai sarjana mengatakan pilihan raya di negara kita ini bebas tetapi tidak adil.

Bebas kerana kita adakan pilihan raya secara berkala apabila tiba masanya dan kita boleh terlibat dalam politik tanpa banyak gangguan, tetapi tidak adil kerana media massa perdana dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.

Mujurnya, bagi mengimbangi penguasaan media perdana kerajaan, wujud media alternatif yang membolehkan parti pembangkang turut bermain ‘politik dalam ruangan.’

Tetapi melihat dari sudut yang lain, saya dapati media pembangkang juga mensensasikan berita sama seperti media kerajaan sahaja.  Itu sudah menjadi tahap profesionalisme kewartawanan berlesen yang ada di negara kita.

Mengenai kebenaran untuk (Presiden Pas Datuk Seri) Tuan Guru Haji Hadi (Awang) muncul di TV kerajaan bagi menjelaskan isu Amanatnya, saya sudah nyatakan sebelum ini bahawa Pas perlu mencari alternatif lain bagi membolehkan Tuan Guru Haji Hadi memberi penjelasannya secara langsung, iaitu melalui media online.

Hujah saya ialah untuk menamatkan Amanat Hadi ini dari terus dipolemikkan. Hujah orang kampung tidak boleh menontonnya jika diadakan secara langsung melalui TV online kerana tidak ada kemudahan internet di rumah.

Telah saya jawab dengan menyatakan perkara ini boleh dimuat naik dalam Youtube atau jualkan sahaja kaset sepertimana amalan Pas sebelum ini.

Saya kira, itu jawapan kepada kekangan yang ada. Tetapi nampaknya cadangan saya tidak diterima. Jika begitu, maka kesemuanya, baik di pihak BN atau PR, sama-sama akan mempolitikkan apa juga isu asalkan di akhirnya akan mendapat laba politik daripadanya.


Sidang Parlimen lebih segar

SINAR HARIAN ONLINE: Pada pandangan Prof, sejauh mana pembangkang mempamerkan kualiti perdebatan yang diharapkan di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (Dun)?

AGUS: Pembangkang memainkan peranan yang efektif di Parlimen dan Dun (jika di Dun, ini termasuklah peranan wakil rakyat BN sebagai pembangkang di negeri yang dikuasai oleh PR). Mereka banyak menimbulkan isu-isu substantif yang wajar diberi perhatian oleh rakyat dan juga kerajaan. Tindakan mereka di Parlimen dan Dun, suka atau tidak suka telah membuatkan rakyat kita celik politik hari ini.

Masalahnya adalah dari segi masa perbahasan yang singkat. Masalahnya adalah dari segi mutu perbahasan sesetengah ahli parlimen yang menjadikan Parlimen seperti pasar ikan atau pasar malam. Harus diingat, yang menjadikan sidang Parlimen itu kecoh bukan hanya dari parti pembangkang sahaja, tetapi juga di pihak kerajaan. Ada ketikanya mencelah tanpa izin, ada ketikanya tidak ikut peraturan Dewan, ada ketikanya menggunakan 'point of order' di tempat yang tidak betul.

Tapi keseluruhannya, saya lihat Parlimen kita lebih segar dengan adanya pembangkang yang kuat. Cuma yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana hendak munculkan pembangkang yang sihat?



SINAR HARIAN ONLINE: Apakah yang dapat Prof rumuskan berhubung landskap politik di negara ini? Adakah masih di takuk lama atau sudah berganjak kepada politik baru sepertimana yang dikatakan Datuk Saifuddin Abdullah?

AGUS: Politik kita masih di takuk lama. Di kala dunia bercakap tentang keterbukaan, politik kita masih lagi dipenuhi dengan fitnah memfitnah, caci memaki, benci membenci dan keengganan elit politik untuk berubah. Kempen mereka masih lagi dengan tawaran lama, tanpa ada satu tawaran baru yang lebih menarik. Ini saya lihat kekurangan utama yang ada pemimpin BN khususnya, mungkin kerana sudah cukup selesa setelah sekian lama berada di tampuk kuasa.

Selain itu, di kala kita bercakap tentang hak-hak asasi rakyat, pemimpin kita meminda undang-undang tetapi di akhirnya tidak banyak pun perubahan substantif yang dibuat ke atas undang-undang tersebut. Ia sekadar menukar minuman lama ke dalam botol baru sahaja.

Begitu juga dengan pemimpin pembangkang, banyak juga yang masih belum selesai dari segi tingkah laku mereka. Apabila berceramah, mereka akan menimbulkan kebencian dan menyumpah seranah orang. Ini bukan jiwa seorang pemimpin yang besar. Bercakap juga dengan modal idea yang tidak berkembang dengan isu-isu lama yang sudah luput.

Pendekatan politik Datuk Saifuddin Abdullah luar biasa pada saya. Jiwa besar beliau yang memahami aspirasi generasi kini akan menjadikan beliau relevan dalam politik negara dan beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Semoganya selepas PRU13 nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam pentas politik negara.

Saifuddin ikon politik

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah kerana Prof berkawan rapat dengan Datuk Saifuddin menyebabkan Prof berkata demikian?

AGUS: Saya mengenali Datuk Saifuddin dan beliau mengenali saya, tapi kami tidak pernah berbincang soal politik secara bersama.  Saya berkata demikian kerana saya tahu ramai anak muda mengangkat beliau sebagai ikon politik yang negara mahukan, bukan kerana beliau BN atau timbalan menteri, tetapi kerana pendekatan politiknya yang mahu membawa perubahan minda kepada ahli-ahli politik.
Saya setuju dengan beliau dalam soal ini, menerima yang baik itu sebagai baik dan yang buruk itu sebagai buruk.

Remaja 15 tahun rela 'diratah', bapa dakwa anaknya dirogol


ROSDALILAH ZAHARI
30 Januari 2013
IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing dekat sini, antara kelmarin dan semalam.

Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut

Asal Usul Permainan 'Spirit Of The Coin' + Fakta & Rahsia

Sapa yg duduk sekolah asrama tentu pernah dengar Spirit Of The Coin and maybe ada yg pernah main. Permainan ini dinamakan Ouija di US dan konsepnya adalah sama seperti Spirit Of The Coin. Dari manakah asal usul permainan ini? Tonton video dibawah.


Permainan Spirit of the coin – Fakta & Rahsia
 

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1024x640.
” Spirit of the coin ” sebuah permainan yang sangat terkenal suatu masa dahulu . Sekarang pun mungkin ada juga orang yang masih main permainan ini. Pada zaman persekolahan , kami selalu main permainan ini selepas peperiksaan akhir tahun kerana tiada sebarang pelajaran atau aktiviti diadakan disekolah pada masa itu.

Selepas kian lama apabila saya mengimbas kembali permainan itu , saya rasa kami memang bertuah kerana tidak melalui sebarang gangguan semasa dan selepas bermain. Disebelah sekolah kami terdapat sebuah kubur cina yang lama dan luas . Nasib baik kami tidak diganggu oleh roh-roh yang tersesat disitu.


Apa itu permainan ” spirit of the coin ” sebenarnya ?

Sebenarnya ” spirit of the coin ” bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang meninggal dunia. Kaedah ” spirit of the coin ” digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia.


Kaedah ini biasanya digunakan untuk :

  • Tanya khabar orang yang meninggal dunia.
  • Mengetahui kedudukan roh.
  • Berkomunikasi dengan roh.
  • Minta bantuan secara gaib
  • Mencari barang / orang yang hilang.
  • Untuk mengetahui cara matinya : kemalangan atau dibunuh dan sebagainya
  • Untuk tanya sesuatu yang penting seperti : Password , no pin , kedudukan harta.
  •  
  •  
  •  
    Quote:
    Ini bukan sebuah hiburan atau permainan sebaliknya sebuah proses ritual yang sangat keras. Jangan sekali-kali mencubanya tanpa latihan rohani , panduan dan pertahanan yang lengkap
Apa yang berlaku dalam ritual ” spirit of the coin ” ?.

Setelah lengkap papan atau kertas ” Ouija ” yang dilengkapi dengan tulisan A-Z , Nombor 0-9 , ” Yes ” , ” No ” , ” Home ” dan ” Good Bye ” . Kita boleh menjemput sesebuah roh yang tertentu atau memanggil sebuah roh secara rambang untuk berkomunikasi dengannya. Apabila sebuah roh hadirkan diri , Kita perlu tanya beberapa soalan untuk memastikan yang hadir itu adalah roh yang kita inginkan. Setelah memastikan ia adalah roh yang kita inginkan , Kita boleh mula tanya apa yang kita inginkan atau berbual dengannya.

Selalunya banyak roh yang berkeliaran dengan keinginan untuk berbual dengan manusia. Sama ada roh saudara mara kita atau orang luar. Banyak roh terdapat disekeliling kita tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar kerana kebolehan kita terhad . Orang yang melatih Yoga , Meditasi dan kuat sembayang dapat merasai kehadiran mereka.

Semua manusia dijaga dan dipelihara oleh sebuah kuasa khas yang ditugaskan untuknya. Sebab itulah kita tidak diganggu oleh roh atau makhluk halus. Apabila seseorang mula bermain ” spirit of the coin ” , dengan rela hatinya dia membuka ikatan kawalannya dan membenarkan makhluk halus masuk kedalam kehidupannya. Apabila sebuah roh hadir ia akan memasuki badan orang itu dan menjawab soalannya dan keluar selepas proses tersebut. Ritual ini perlu dikendalikan oleh seseorang yang berilmu tinggi dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan roh.

Kadang-kadang dalam beberapa kes roh yang tersesat atau roh orang yang mati terseksa akan memasuki kedalam ritual ini dan berlakun seperti roh orang yang kita maksudkan . Jawapan yang salah dan jawapan yang mengelirukan akan diberikan olehnya kerana dia tidak dapat berhubung dengan alam roh. Dalam kes sebegini roh jahat atau roh yang berhawa nafsu tinggi tidak akan meniggalkan orangnya selepas ritual ini selesai sebaliknya ia akan mengekorinya dan mengganggunya seumur hidup.


 
Quote:
Roh yang jahat boleh menyebabkan kerugian , penyakit , kemalangan dan juga kematian. Ia juga akan mengganggu ahli keluarga kita yang lain. Jadi Awas ! Jangan buat ritual ini. Ini bukan sebuah permainan sebaiknya sebuah ritual yang keras . Tujuan ” Spirit of the Coin ” hanya untuk berhubung dengan alam roh sahaja .

sumber : http://faiz--rahman.blogspot.com/201...t-of-coin.html dan http://rahsiaalam.com/2011/08/permai...-fakra-rahsia/


** Spirit Of Coins nie aku pernah terlibat main masa aku umor 7 tahun, kawan aku abgnya yg berumor 11tahun yg buat, selepas belajar di sekolah hmmm muda giler kan..adik dia yg menjadi mangsa ( kawan aku ), sebb diaorg nak test apa yg subjek ( org yg dirasuk nampak) member aku tu laa siap boleh lukis muka makhluk yg menakutkan itu

~money2gold : sekadar berkongsi fakta utk kefahaman, aku ada dengar cerita kes di UiTM Lendu tu berpunca dari pelajar yg buat sesuatu ritual mungkinkah ini ritualnya atau ada ritual lain....


Wednesday, January 30, 2013

Lamborghini Aventador diuji di landasan terbang




MIAMI, Florida - Sebanyak 12 buah kereta sport Lamborghini Aventador LP 700-4 Roadster dipandu laju di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di sini kelmarin.

Beberapa pegawai lapangan terbang itu menyatakan, kereta tersebut mencatatkan kelajuan 330 kilometer sejam semasa dipandu di landasan tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann turut memandu salah sebuah kereta itu.

Pertunjukan itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 syarikat kereta tersebut. - Agensi


SUMBER:SEBUAH kereta Lamborghini Aventador dipandu di sebuah landasan
Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di Florida kelmarin.

MIAMI, Florida - Sebanyak 12 buah kereta sport Lamborghini Aventador LP 700-4 Roadster dipandu laju di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di sini kelmarin.

Beberapa pegawai lapangan terbang itu menyatakan, kereta tersebut mencatatkan kelajuan 330 kilometer sejam semasa dipandu di landasan tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann turut memandu salah sebuah kereta itu.

Pertunjukan itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 syarikat kereta tersebut. - Agensi



Artikel Penuh:
Hakcipta terpelihara

 ~ p/s: kat Malaysia rugi beli AES dah pasang

GADIS INI POPULAR dan Mendapat lebih 10K like

 ~ Gadis ini menjadi Popular lepas upload gambar hot dia
~ Mendapat lebih 10K LIKE FB

Tuesday, January 29, 2013

Rawatan Alat Sulit Wanita : Ketat & Kenyal Semula

Baik pulih alat sulit wanita.
Alat V2LR diyakini berkesan untuk memperbaiki fungsi alat sulit wanita.
FAKTOR usia bukan sahaja menyebabkan kecantikan seseorang wanita itu mula pudar, malah, mengakibatkan perubahan kepada fungsi dan struktur organ di tubuh termasuk kepada vagina.

Hilangnya kebolehan dan kelembapan tisu-tisu pada alat sulit menyebabkan pengurangan minyak pelincir di vagina meningkatkan rasa ketidakselesaan, kegatalan, kekeringan, rasa berat dan kesakitan ketika melakukan persetubuhan.

Ini berikutan, keadaan vagina yang berkurangan dari segi kolagen serat, kurangnya kebolehan untuk menganjal dan kekurangan mukosa menjadikan vaskular semakin sempit dan tidak memberikan kemutan dengan sempurna terutamanya bagi wanita yang sudah mengalami menopaus.

Lazimnya, golongan wanita hanya memberatkan mengenai faktor kecantikan luaran dengan mengunjungi pakar-pakar kecantikan namun keberatan untuk mengunjungi doktor untuk mendapatkan nasihat apabila ada yang didapati tidak kena dengan alat sulit mereka.

Menurut Pakar Kecantikan dan Kesihatan Aestetik, Dr. N. Sutina Nordin, golongan wanita hanya bertemu dengan doktor sekiranya mereka mengandung, bersalin atau sakit ketika datang bulan.

Selain daripada masalah-masalah ini, mereka agak keberatan untuk mendapatkan perkhidmatan pakar atau doktor biarpun mereka mempunyai masalah di bahagian alat kelamin.

"Akhirnya mereka menderita dalam senyap sehinggalah sekiranya apabila suami mereka berkata sesuatu mengenai perhubungan intim, mereka takut tidak dapat memberikan sesuatu yang diperlukan suami ketika menjalankan tugas sebagai isteri," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya, En-hanze Medical Aesthetics Centre di Seksyen 16, Jalan Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Tegasnya, jangan menyangka, masalah alat sulit hanya dialami oleh golongan wanita yang sudah berumur sahaja, sebenarnya terdapat di kalangan remaja juga yang mengalami masalah ini.

Antaranya ialah 'bibir' vagina berlebihan yang memerlukan rawatan labioplasty.

Menurutnya, dahulu ramai di kalangan wanita yang mengalami masalah alat sulit mendapatkan kaedah pembedahan untuk membentuk vagina, mencantikkan dan mengetatkan alat sulit mereka.

Namun, pastinya kaedah membaik pulih secara pembedahan itu memerlukan kos yang tinggi, mendatangkan risiko kesakitan, rawatan yang agak lama dan sebagainya.

Menurut N. Sutina lagi, kini terdapat kaedah yang lebih menarik dan cepat tanpa mendatangkan kesakitan tetapi berkesan untuk membaik pulih vagina.

"Alat yang dimaksudkan ialah V2LR iaitu Vulva-Vaginal Laser Reshaping dengan menggunakan teknologi laser yang digunakan untuk merawat, membaiki dan mencantikkan serta mengembalikan fungsi vagina yang semakin kurang keanjalannya akibat faktor kelahiran anak dan menopaus.

"V2LR merupakan teknologi bukan invasif yang membantu memulihkan atrophy vagina atau faktor yang menyebabkan vagina kering, mengetatkannya, labiaplasty, mengembalikan semula warna dan tekstur pada labia majora dan kulit bahagian dalam berdekatan alat kelamin anda," katanya.

Jelasnya, kaedah ini juga ternyata berkesan dan selamat serta merupakan satu kaedah alternatif untuk menggantikan hormon terapi bagi mereka yang menopaus dan ia juga satu kaedah tradisi membaiki alat kelamin secara khusus.

Kaedah ini tidak memerlukan masa yang lama, hanya 30 minit dan mereka yang melakukannya tidak akan merasai sebarang perubahan dan kesakitan pada alat kelamin, malah dapat mencantikkan dan mengubah fungsinya menjadi lebih 'muda'

"Apa yang hendak ditekankan di sini ialah V2LR ini digunakan untuk membaikpulih bahagian vagina golongan wanita dan bukannya bahagian yang memerlukan rawatan pembedahan ataupun bahagian peranakan yang jatuh," katanya.

Tegasnya, cara menggunakan alat V2LR ini menerusi pancaran laser yang baharu dan eksklusif digelar Teknologi PSD (Pulse Shape Design) yang terbaik untuk membaiki keadaan tisu vulva dan vagina melalui sistem pengesan HiScan V2LR secara selamat dan selesa.

"Smartxide V2LR dapat membentuk semula mukosa secara berkala dan merangsang kolagen baharu serta hormon dan membantu mengekalkan keadaan vagina yang berkeadaan normal khususnya bagi wanita yang sudah menopaus.

"Satu alat yang dipanggil HiScanV2LR akan dimasukkan ke dalam vagina untuk satu tempoh tertentu sepanjang rawatan berkenaan," katanya yang memberitahu untuk sebarang pertanyaan mengenai kaedah ini boleh hubungi talian 03-7960 1788. 

PATI dapat IC PANAS PANAS


 ~ sumber ambil dr sebuah forum, dulu dengar shaja skrg??? ada fakta n sumber zassss selakkkkkkkkkkkk!!!
 
Panas!!!Perbualan dengan Pn Suraya untuk pendaftaran warga asing

 dapat dari FB Revolusi anak muda malaysia

Rakaman perbualan talipon dengan individu yang bertanggungjawab menguruskan pendaftran PATI di TERMERLOH,PAHANG..


p/s: Ramai yang tuduh gua cuba menfitnah Umno/BN, jadi gua mohon macai sekalian dengar perbualan talipon ini, dan nilailah sendiri.. Yang pasti, gua harap lu orang sedar bahawasanya negara tempat kita berteduh ini sedang digadai oleh puak2 lahanat pemerintah yang semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa....!!


surat jemputan untuk pati - 
 

~p/s : kalau sumber-sumber ini telah dipadam ntah laaa

Rimas dipeluk Imam

Gambar Hiasan

Saya pemuda berusia awal 20-an dan masih belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di utara tanah air. Saya menghadapi masalah dengan seorang pelajar asrama di tempat saya belajar.

Biarlah saya panggil dia A. Saya mengenali A sejak beberapa bulan lalu dan pada tanggapan saya dia seorang yang baik dan mempunyai perwatakan menarik.

A juga menjadi kegilaan pelajar wanita kerana sifat dan rupa parasnya. Sifat A yang alim menambahkan lagi sahamnya sebagai pelajar lelaki pujaan kolej. Malah, A selalu menjadi imam di surau.

Pada mulanya saya tiada masalah berkawan dengannya. Saya ikhlas berkawan dan gembira kerana mempunyai seorang rakan yang saya anggap boleh membimbing dalam selok belok agama.


Namun, A tidak seperti yang saya sangkakan.


Di sebalik sifatnya yang kelihatan alim, A mempu*nyai satu tabiat yang saya tidak suka.

Pada suatu malam berlaku satu kejadian. A datang tidur dan memeluk saya. Saya rimas dengan ke*adaan ini. Saya menceritakan perkara ini pada kawan lain dan rupanya mereka mengalami nasib sama.

Saya takut penyakit A akan berjangkit dengan saya. Sejak kejadian itu, saya sudah tidak menaruh kepercayaan kepada orang yang berperwatakan ‘alim’ kerana di sebalik ciri-ciri itu, mereka ada perkara buruk yang dilakukan sama seperti A.

HILANG KEPERCAYAAN,
Kedah



Tingkah laku atau perbuatan A boleh menjadi ikutan jika adik memberi tindak balas positif dan merasa seronok atas perbuatannya.

Sekiranya adik memberi rangsangan atau galakkan kepada A, ia boleh menjadi satu perbuatan lazim dan ditiru.

Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat daripada wujudnya interaksi antara rangsangan dan tindak balas.

Teori ini melihat input atau yang berupa rangsa*ngan dan keluaran (output) yang berupa tindak balas adalah penting dalam satu perubahan tingkah laku.

Tindak balas negatif adik seperti menjauhi atau tidak memberi petunjuk positif apabila A memeluk adik adalah satu isyarat tidak mahu A mengulangi perbuatan buruknya itu.

Jelasnya, adik ingin A memberhentikan tindakan itu terhadap adik dan pelajar lelaki lain.

Seterusnya, penyakit A boleh ‘berjangkit’ kepada adik jika adik menjadikan A sebagai model tingkah laku. Teori pembelajaran sosial melihat satu pembelajaran boleh berlaku dengan memerhati individu lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku.

Dalam konteks ini, persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku sese*orang.

Selain itu, Bandura juga menyatakan, individu akan memerhatikan sesuatu ting*kah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpan maklumat diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan ting*kah laku berkenaan.

Adik boleh mengelak daripada terikut atau meniru perbuatan A dengan tidak menjadikan dia sebagai model atau contoh. Adik juga boleh mengelak daripada terbabit dengan perbuatan A.

Proses memerhati dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku A tidak akan berlaku jika adik tidak terpengaruh dengan perbuatannya.

Dr memahami mengapa adik sudah hilang kepercayaan kepada orang ‘alim’. Pengalaman dan peristiwa kehidupan membentuk kepercayaan adik di sebalik kealiman seseorang tentu*nya ada perkara buruk yang dilakukan sama seperti A.

Apa yang A lakukan adalah tingkah laku peribadi*nya. Ia tidak mewakili perbuatan atau sifat orang alim yang lain. Membuat generalisasi bahawa tingkah laku buruk A berlaku kepada orang alim yang lain boleh membentuk pemikiran tidak rasional adik.

Seterusnya, tidak semua perbuatan A buruk. Contoh*nya, menjadi imam di surau adalah satu sifat terpuji. Hanya perbuatannya yang suka memeluk lelaki ketika tidur yang perlu diubah.

Adik perlu juga melihat sifat positif A dan menjauhi sifat negatifnya. Ini memberi peluang kepada adik untuk melihat A dari per*spektif berbeza.

Orang yang berpura-pura melakukan kebaikan di tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiat atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang munafik yang amat dibenci Allah SWT.

Firman Allah yang maksudnya: “Mereka menyem*bunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah meliputi (pengetahuan-Nya) apa-apa yang mereka kerjakan.” (An-Nisa’: 108)


 #budaya songsang ada dimana2.



Saturday, January 26, 2013

LadyGagap dan Seluar Koyak @Seksi

ia berada di atas pentas di Vancouver, Kanada. Kita telah melihat bagaimana penyanyi ini telah mendapat berat badan yang sedikit, dan nampaknya seluar ini adalah sedikit ketat, tetapi walaupun mereka diletakkan sama. Lipit tidak memegang, dan seluar yang berakhir dengan jurang yang besar di belakang menghadapi pandangan semua penonton






~p/s: bukan memang cutting seluar tu mcm tu errkk?

Edisi Panas : Adik Beradik Syahrini yang *****

Gambar Aksi ghairah adik beradik Syahrini tersebar di internet

Mengemparkan industri seni Indonesia apabila hangat diperkatakan mengenai gambar aksi berahi pasangan adik beradik Syahrini dan Aisyahrini yang tersebar di internet waktu ini.

Gambar-gambar tersebut berupa koleksi peribadi pasangan adik-beradik tersebut. Mereka dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan bekas suami penyanyi tersohor Krisdayanti, Anang Hermansyah.


Syarini merupakan seorang penyanyi Pop Indonesia, seorang pendatang baru dalam industri hiburan tanah air. Beliau dilahir pada 1 Ogos 1982 di Bogor, pernah menghasilkan album solo pada tahun 2008 berjudul My Lovely.

Lebih hangat lagi, beberapa sumber mengatakan, bekas veejay MTV Daniel Mananta dan penyanyi Glen Fredly juga turut ditemui dalam koleksi gambar-gambar tersebut.

Menurut Syahrini, gambar-gambar yang tersebar adalah daripada koleksi simpanan peribadinya dan menganggap ianya tidak salah kerana gambar tersebut adalah aksi-aksi biasa, tidak mengandungi aksi lucah.

“Semua yang ada dalam gambar tersebut adalah kawan-kawan rapat saya. Mereka juga mempunyai gambar seperti itu bersama teman-teman masing-masing, Yang penting ini bukan gambar lucah, aksi lucah, ia hanya gambar biasa untuk koleksi peribadi”, tambahnya.

 

 


Friday, January 25, 2013

Pilot Wanita Pertama di Malaysia

Captain Norashikin Onn rasmi telah mendapat lesen sebagai juruterbang. Norashikin merupakan juruterbang wanita pertama di Malaysia.
Pilot Pengangkutan AirAsia ini baru saja mendapat gelaran Anugerah Kesatria Puteri dari kerajaan Malaysia.
“Saya sangat senang kerajaan memberikan banyak perhatian kepada pencapaian wanita,” jelas Norashikin seperti dipetik The Star, Isnin (26/11/2012).
Wanita berusia 44 tahun ini juga menjadi yang pertama sebagai Flight Commander di AirAsia. Ia juga yang mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama yang mengendalikan pesawat berbadan lebar untuk penerbangan komersial di Malaysia.
Ia memberi mesej kepada semua wanita di dunia. Apa yang di-impikan boleh diraih dengan usaha dan jerih payah.
“Tidak ada yang tidak mungkin. Reach for the skies,” tuturnya.
AirAsia sendiri merupakan syarikat penerbangan kos penjimat dan terbesar di Asia. AirAsia mempunyai rangkaian laluan luas iaitu lebih daripada 100 laluan yang meliputi destinasi-destinasi di Asia dan Australia.
Dalam kurun waktu 10 tahun beroperasi, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada 140 juta penumpang dan menambah jumlah armadanya dari hanya dua pesawat hingga menjadi lebih dari 100 pesawat

Thursday, January 24, 2013

Kambing Aqeqah RM1 utk Yg Lahir 24 Januari ini

Kambing RM1 seekor Sempena Maulidur Rasul


Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.
Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.
“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.
“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.
Menurutnya, dia berharap pasangan yang melahirkan anak pada 24 Januari tidak melepaskan peluang merebut tawaran berkenaan kerana harga sebenar kambing antara RM850 dan RM900 bergantung kepada berat dan jenis.
“Kami menawarkan harga istimewa kepada masjid dan surau iaitu RM590 seekor, tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh sebulan.
“Selain itu, harga istimewa itu hanya terhad kepada 400 ekor sebulan,” katanya yang menternak lebih 1,000 kambing di Kangkar Tebrau.
Wakil masjid atau surau, katanya, hanya perlu membawa surat pengesahan daripada pengurusan masjid dan surat itu ketika berurusan di pejabat kami.
Sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 019-7563000, 07-3554200 atau melayari laman web www.osmangoatfarm.com. untuk keterangan lanjut. - Harian Metro

Tuesday, January 22, 2013

Semakan Daftar Pemilih




Sesiapa yang dah mendaftar sebagai PEMILIH boleh menyemak dengan SPR sama ada daftar anda telah DISAHKAN untukan ANDA Layak Mengundi pada PRU13 tahun 2013 ini

Mudah sahaja MASUKAN No Kad Pengenalan dan ANDA akan dpt paparan seperti bawah




Jika Daftar Pemilih Anda Tidak Disahkan Lagi MAAF anda TIDAK Layak Mengundi utk PRU13 ni..

Bersalin Dapat Bonus RM14804 di Malaysia?

Bersalin Di Singapura Kalau Nak Bonus RM14,804

 Singapura: Ibu bapa yang melahirkan anak di republik ini tidak lama lagi akan mendapat hadiah lumayan daripada kerajaan berikutan langkah memperbesarkan keluarga yang didedahkan semalam.

Mereka yang melahirkan bayi warga Singapura pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu akan mendapat bonus wang tunai SG$6,000 (RM14,804), meningkat daripada $4,000 (RM9,870) sebelum ini. Syarat ini tertakluk untuk anak pertama dan kedua. Untuk anak ketiga dan keempat, hadiah wang tunai meningkat kepada $8,000 (RM19,741) daripada $6,000 (RM14,804).


Wang tunai itu diberikan secepat mungkin menerusi tiga kali pembayaran dalam setahun berbanding empat pembayaran dalam tempoh 18 bulan sebelum ini.


Bayi rakyat tempatan dilahirkan pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu juga akan mendapat akaun Medisave dengan ganjaran $3,000 (RM7,403).


Ini bagi membantu perbelanjaan penjagaan kesihatan anak dan akan dibayar sebanyak dua kali pembayaran.


Separuh bayaran pertama akan dibayar apabila bayi itu didaftarkan kelahirannya dan bakinya akan dibayar pada tahun berikutnya dengan syarat bayi itu mendaftar dengan MediShield. Di bawah pakej yang diperbaiki itu, kerajaan akan turut melanjutkan peruntukan MediShield meliputi kacacatan baru yang didiagnosis dan keadaan kelahiran tidak cukup matang. Ia berkuat kuasa mulai 1 Mac depan. -
Straits Times

 

p/s : money2gold rasa mcm kerajaan dia nak galak rakyat dia byk anak, sebb skim Insurans dan jaminan dah ada

 

Rozita Che Wan dan Haifa Wahbe KEMBAR

Meskipun Rozita anak kelahiran Malaysia, sementara penyanyi antarabangsa Haifa Wahbe pula anak kelahiran Lebanon... namun wajah mereka yang seakan seiras amat menarik perhatian. Tambahan pula, masing-masing juga sudah mempunyai pengalaman mendirikan rumah tangga.

Mungkin kerana wajah itu jugalah maka Rozita Che Wan makin laris berlakon kebelakangan ini hingga menjadi igauan ramai VIP. Jom tengok..!!



 p/s: pelanduk 2 serupa nie...hmmm

‘Polis’ periksa air kencing cabul pelajar


Serdang: Seorang lelaki yang kemaruk seks menyamar sebagai polis untuk mencabul seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas membawa mangsa ke kawasan sunyi di Seri Kembangan, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa dihampiri seorang lelaki berusia 40-an yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum menuduh mangsa menghidu gam.


Lelaki terbabit kemudian mengarahkan mangsa mengikutnya ke balai polis berhampiran dengan menunggang motosikal. Mangsa hanya akur arahan lelaki terbabit.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakan melepak di tepi sebuah restoran sebelum didatangi lelaki terbabit yang menuduh mangsa menghisap gam dan mengarahkan rakan mangsa pulang ke rumah.


Katanya, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarah mangsa mengikutnya.


“Mangsa dibawa ke satu kawasan sunyi sebelum dipaksa membuka baju dan seluar untuk tujuan pemeriksaan air kencing.

“Mangsa menolak permintaan itu, tetapi diugut dibawa ke lokap,” katanya.


Sumber berkata, sebaik membuka baju dan seluar, lelaki terbabit mencabul dan meninggalkannya di tepi jalan. “Mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan kejadian itu.




sumber:

Monday, January 21, 2013

Tarikh PRU 13 DAH TERSEBAR BETUL KER?

Money2gold lihat dlm FB group dah tersebar TARIKH PRU13 sejak semlam, nie betul ker? atau ada sengaja disebarkan pihak tertentu pun kita semua tak tahu, tapi mungkin betul sebab ayat agak formal



Baru dpt info nie.betul ke tidak..X..pasti...kalo tak betul..anggap je SMOKE jugak

Assalammualaikum wbt.Info dr PWTC.Cadangan Tarikh Pilihanraya teah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.Parlimen bubar pd Jumaat 22/02/2013.Penamaan Calon Sabtu 16/03/2013.Hari Mengundi Sabtu 30/03/2013.Sebarkan & BERSIAP SIAGA


~ Lagi buat money2gold berkeyakinan sms dan sebaran di FB adah benar sbb pada sabtu lepas 19 Jan money2gold dpt sms kononnya penyelidik bebas nak buat survey calon yg bertanding sms itu berbunyi begini

Untuk Bacaan Lanjut KLIK sini

~ money2gold berpendapat tarikh nie bukan isu besar sgt pun, di negara lain tarikh pilihanraya 7-8 bulan dah tahu, siapa sokong siapa pun tak jadi isu, yang pasti undi adalah rahsia

Sunday, January 20, 2013

Pilihanraya Umum Ke 13 Pada Mac 2013? Perubahan Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2013!!

2-3 hari ini dan ketika ini blog dan fb mahu pun sms dah tersebar pasal TARIKH PilihanRaya 13 2013, jadi money2gold pun buat carian sesawang terjumpa web Keputusan PilihanRaya Umum 13 2013 terkejut juga web dah siap ada...


money2gold terpikir juga kenapa sms tu ckp dr PWTC tak sebut dr Putrajaya atau dr Sri Perdana kan lebih dekat dengan PM hmmm.....

 ~ esok hmm mulai Esok akan mulalah kecoh pasal SMS atau Tarikh PRU13 nie, semua blogger atau cybertrooper akan mula buat N3 Posting pasal PRU13, yg pasti money2gold nak tanya, korang dah layak mengundi, dah daftar mengundi ker? dah pernah mengundi, ? hmmmmm....
p/s: kadang2 orang yg bising lebih tu mengundi tak daftar pun, apatah lagi nak mengundi..lagi sedih tu yg belum layak mengundi tu yg lebih bising n berkempen

PRU13: BN kekal status quo, majoriti 2/3 mustahil

SHAH ALAM - Hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan mustahil untuk Barisan Nasional (BN) meraih majoriti kerusi dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini dan perkembangan semasa.

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan mengekalkan status quo.

"Dalam pilihan raya lalu di Semenanjung BN hanya dapat 47 peratus undi, Pakatan Rakyat 49 peratus. Di seluruh Malaysia, BN hanya dapat 50.2 peratus. (Tun) Abdullah Ahmad Badawi ketika memasuki pilihan raya, popularitinya 70 peratus lebih. Najib sekarang ini popular sekitar 58 peratus.

"Maknanya mustahil Najib akan dapat lebih daripada Pak Lah. Maksudnya pilihan raya akan datang status quo.

"Kecuali ada perkara luar biasa yang kita tak nampak berlaku seperti pengundi hantu yang kami pengkaji ini pun tak boleh nak kira," katanya kepada Sinar Harian Online.

Hal ini ditambah pula dengan fakta bahawa Najib satu-satunya Perdana Menteri yang turun ke gelanggang pilihan raya tanpa berlakunya persempadanan semula.

"Disebabkan persempadanan semula itu Umno mendapat majoriti kerusi. Bukan undi. Buktinya Abdullah Badawi popular 64 peratus tetapi kerusi 90 peratus (pada 2004). Tetapi Najib adalah Perdana Menteri pertama yang memasuki pilihan raya tanpa persempadanan (semula bahagian pilihan raya)," ujar Mohammad Redzuan.

Lantaran itu katanya, apa yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa BN dikira tewas jika gagal memperoleh kemenangan dua pertiga sepertimana 2008, ada kebenarannya.

Ujar Mahathir, walaupun BN masih menang, namun kemenangan tersebut disifatkan "kosong" kerana sebuah kerajaan yang berwibawa memerlukan kemenangan majoriti besar kerusi Dewan Rakyat.

"Tradisi yang berlaku dalam Umno, kalau Perdana Menteri gagal dapat dua pertiga kena letak jawatan, itu yang berlaku pada Tunku, pada Tun Abdullah dan perkara sama juga akan berlaku kepada Najib jika gagal mendapat dua pertiga.

"Sejak merdeka, Umno tidak pernah mendapat undi popular dua pertiga. Tidak pernah. Apa yang Umno dapat? Umno hanya dapat majoriti kerusi dua pertiga. Itu dua perkara yang berbeza," jelas Mohammad Redzuan.

Dalam hasil kajiannya yang agak kritikal terhadap kerajaan ini, Mohammad Redzuan berkata, hakikatnya jurang antara BN dan Pakatan Rakyat semakan dekat.

"Kali ini kalau yang keluar mengundi lebih 82 peratus, maknanya semua ramalan akan salah. Katakanlah keluar mengundi 90 peratus, ada yang tidak kena. Itulah yang menyebabkan orang turun beramai-ramai pada 12 Januari lalu. Bagi parti pembangkang, pilihan raya ini buat penat sahaja," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian pula memberitahu, hasil kajian firmanya menunjukkan agak sukar untuk BN memperoleh majoriti dua pertiga berdasarkan perkembangan mutakhir.

"Kita kira macam mana pun agak sukarlah hendak dapat. Melainkan BN ini ia boleh capai sokongan anak muda sebabnya bila maklumat itu meluas, semua orang dapat. Apa yang positif memang orang sokong, tetapi yang negatif itu keluar juga.

"Sentimennya hampir 50-50 yang menyatakan negara ini dalam keadaan yang baik atau dalam keadaan tak baik. Ia separuh-separuh," ujar beliau.

Sependapat dengan penganalisis politik veteran, Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, Ibrahim berkata, pengundi atas pagar yang terdiri daripada pengundi muda ini adalah kelompok yang harus ditawan oleh BN jika mahu kekal di Putrajaya.

"Zaman sudah berubah. Tidak ada satu pihak yang dominan yang boleh mempengaruhi golongan muda akan datang dan pada kali ini, golongan muda yang akan tentukan kalah menang," kata Ibrahim.

Beliau juga berpandangan era di mana parti-parti politik boleh menang besar dalam sesebuah pilihan raya sudah berlalu kerana wujudnya pelbagai aliran politik masa kini.

"Zaman-zaman seperti itu saya rasa sudah tidak berlaku lagi di negara yang amalan demokratiknya yang semakin kukuh.

"Ada orang lihat perkara ini sebagai perpecahan tetapi saya melihat perkara ini lebih kepada percambahan dan pertambahan banyak bentuk pendapat dan idea-idea baru serta jalan penyelesaian yang baru," katanya.


p/s : istilah QUO nie apa erkkk???

~~ money2gold dah dpt khabar angin...sengaja disebarkan atau betul tersebar dalam FB

 ~  Manifesto pun dah bincang, boleh siar dlm TV hebat nie utk semua parti ker?

Siar manifesto PRU: 'Ada masa, ada syarat'

KUALA LUMPUR - Parti-parti politik yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mengemukakan permohonan jika mahu manifesto masing-masing disiarkan menerusi stesen televisyen kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ia antara syarat ditetapkan dalam garis panduan siaran manifesto.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, anggota Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN) akan diberi hak yang sama untuk menjelaskan manifesto masing-masing.

"Kita akan bagi (mengetengahkan manifesto). Apabila Parlimen sudah dibubarkan, dia (pembangkang) nak jelaskan manifesto, minta pada kita. Kita bagi, tak ada masalah.
"Kalau BN kita bagi sebanyak ini, Pakatan pun kita bagi," kata beliau Media Screening RTM, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, RTM telah menyediakan syarat-syarat bagi siaran manifesto, yang pertama kali akan diamalkan.

Ia juga sebahagian daripada syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya.

"Kita telah mengeluarkan syarat-syaratnya. Dia harus memohon kepada kita, (antara) syaratnya.

"Dia tak boleh datang macam itu saja. Ada syaratnya, ada masanya," kata beliau yang turut memberi contoh berkenaan permohonan siaran manifesto.

"Kalau Datuk Seri (Abdul) Hadi Awang (Presiden Pas) nak membentangkan manifesto pakatan pembangkang misalnya, dia boleh datang memohon pada kita. Kita bagi," jelasnya.

Parti-parti politik itu diperuntukkan beberapa minit bagi mengetengahkan dasar pilihan raya masing-masing.

"Kalau nak jelaskan dasar anda, OK... kami beri beberapa minit. BN nak buat? Kami beri beberapa minit," katanya.

Sebelum ini, kementerian telah bersetuju untuk memberi ruang kepada pembangkang menjelaskan manifesto mereka kepada rakyat menerusi siaran televisyen semasa tempoh berkempen PRU13.

Baru-baru ini Sinar Harian Online membawa laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan mesyuarat khas peringkat akhir bagi merangka mekanisme siaran manifesto PRU13.

Mesyuarat itu telah diadakan awal tahun ini.


~p/s : kalau tengok berita media macam dah dekat dahh

Pitam selepas makan otak-otak berkulat

Otak-otak yang disajikan di sebuah restoran yang berkulat dan berbau busuk


ALOR GAJAH - “Saya terkejut selepas diperiksa terdapat beberapa longgokan tahi lalat yang sudah berkulat dan saya menyifatkan tindakan pemilik restoran terbabit menyajikan otak-otak basi yang di kitar semula kepada setiap pelanggannya amat keterlaluan, " kata Salihin Samion, 43, bapa kepada seorang budak yang terpaksa dibawa ke klinik selepas makan otak-otak yang dipenuhi berkulat dan tahi lalat, semalam.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku jam 8 malam itu, Salihin berkata, setibanya di restoran berkenaan seorang pekerja wanita berusia awal 20-an mengambil tempahan dan menghulurkan bekas berisi 10 keping otak-otak.

Menurutnya, sementara menunggu hidangan makan malam tiba anaknya, Mohd Firdaus Salihin, 11, mengambil sekeping otak-otak dan memakannya.

"Selepas sekeping otak-otak habis dikunyah, anaknya memakan dua keping lagi otak-otak namun sesuatu yang pelik berlaku apabila anak saya tiba-tiba mendakwa sakit perut dan wajahnya menjadi pucat sambil merebahkan mukanya atas meja makan.

“Saya menyangka dia bergurau setelah mendakwa sakit kepala dan sempat berseloroh kepadanya mungkin dia tidak cukup rehat, " katanya.

Salihin berkata, dia sekeluarga bagaimanapun terkejut melihat anaknya itu tidak memberi sebarang tindak balas sebelum membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan selepas dikejutkan.

“Semasa dirawat di klinik berkenaan, anak saya mendakwa dia termakan beberapa keping otak-otak yang dihidangkan oleh restoran berkenaan dan menyedari otak-otak itu sudah bertukar rasa masam dipercayai basi,” katanya.

Salihin yang tinggal di Pulau Sebang, di sini, tidak berpuas hati dengan dakwaan anaknya itu bertindak kembali semula ke restoran itu untuk membelek satu persatu otak-otak berkenaan.

Menurutnya, dia terkejut mendapati sebahagian otak-otak berkenaan dipenuhi dengan tahi lalat dan berkulat.

“Sepatutnya pemilik restoran terbabit hendaklah memeriksa kualiti otak-otak yang berlebihan dan disimpan dalam peti sejuk sentiasa bersih, serta selamat.

“Jika diperhatikan, otak-otak itu sudah dibakar lebih dari dua kali, berdasarkan pada rupa bentuk isi otak-otak berkenaan yang sudah berkerak dan keras," katanya.

Salihin berharap pemilik restoran berkenaan tidak hanya mengejar keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kondisi otak-otak berkenaan yang sudah basi tetapi tetap disajikan kepada pelanggan mereka.

Bagaimanapun, pemilik restoran terbabit yang berusia awal 40-an berasal dari negeri pantai timur ketika ditemui enggan memberi sebarang ulasan berhubung otak-otak basi yang disajikan sehingga menjejaskan kesihatan seorang pelanggannya.

Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Abu Bakar Abdul ketika di hubungi berkata, pihaknya akan melakukan satu pemeriksaan mengejut ke atas restoran terbabit sebelum tindakan selanjutnya diambil.


sumber:


P/S: money2gold pun baru terkena food poision dah 2 hari, bergerak jer senak perut nie..angin tak keluar..