Pages

Monday, February 18, 2013

Parti Liar : 38 Ditahan

Kuala Lumpur: Penganjuran parti liar di pangsapuri mewah, di Jalan Sultan Ismail di sini, pada setiap malam minggu terbongkar selepas diserbu Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan jam 2.30 pagi di Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, itu seramai 26 lelaki dan 12 wanita berusia antara 18 hingga 31 tahun ditahan selepas terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata hasil pemeriksaan ke atas unit kediaman di tingkat 18 berkenaan turut membawa kepada penemuan sejumlah dadah jenis ganja, syabu dan pil eramin 5.

Sewa kediaman mewah 

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati seorang lelaki yang menganjurkan parti itu menyewa unit kediaman mewah ini dengan harga RM800 semalam.

“Dia mengenakan bayaran RM50 bagi setiap individu yang ingin menyertai parti ini manakala bekalan dadah dibawa sendiri pengunjung.

“Penganjur yang memperoleh keuntungan lumayan melalui parti ini juga disyaki pembekal dadah kepada pengunjung yang berjanji parti itu selamat dan sukar dikesan polis,” katanya ketika ditemui semalam.
Pelajar kolej swasta

Katanya, sebahagian besar pengunjung adalah pelajar kolej swasta di Lembah Klang meminum arak, mengambil dadah dan hubungan seks bebas.

Zainuddin berkata, semua pengunjung dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan 22 daripada mereka dikesan positif dalam ujian air kencing manakala enam lagi ditahan kerana didapati memiliki dadah.

Beliau berkata, mereka ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 (2) akta yang sama kerana memiliki dadah.


(Sumber Dari BERITA HARIAN 18/02/2013)
 
 
 
~ Admin : ingat dah 'clear' operasi 14 Feb , konon sambut Velentine laa nie Budaya LGBT nie  BANTERAS zasssss

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..