Pages

Tuesday, February 19, 2013

Petua Mandi Bunga

PETUA MELAYU LAMA

Petua Mandi Bunga

a. Mandi Bunga dalam hubungannya dengan budaya orang Melayu memang sudah tidak asing lagi. Mandi bunga adalah antara amalan yang masyhur. Mandi bunga dilakukan kerana dua sebab. Yang pertama semata-mata untuk mewangikan badan dan menyegarkannya. Yang kedua, untuk memiliki tujuan-tujuan tertentu seperti menghilangkan sial dan sebagainya.

b. Bagi tujuan kedua, mandi bunga adalah salah satu cara pengawalan atau penyembuhan, dalam sistem perubatan Melayu tradisional. Selain bertujuan membuang sial, mandi bunga juga merupakan rawatan untuk menyingkir tenaga asing seperti kuasa sihir, membuang penyakit, menemukan jodoh, menaikkan seri, mendatangkan tuah dan mencapai hajat tertentu.

Syarat dan Petua

Masukkan bunga-bunga itu ke dalam bekas berisi air. Bekas kristal lebih baik. Ada yang menggunakan air sejuk yang telah dijampi kerana dipercayai boleh dijadikan penawar. Air jampi atau penawar ini boleh diminum, disapu atau digunakan untuk mandi. Sebagai air mandi, air penawar atau jampi akan dicampur dengan air biasa kerana air jampi biasanya disediakan hanya segelas atau semangkuk sahaja

Ada yang mensyaratkan bunga perlu direndam semalaman. Ada pula yang mensyaratkan bahawa bunga dalam air harus mendapat sinar matahari langsung selama beberapa jam sampai bunga layu, yang menandakan energi bunga itu telah larut dalam air. Sinar matahari mampu melepaskan energi bunga ke dalam air.
Kemudian, campurkan air bunga dengan air untuk mandi. Dikatakan, air bunga untuk mandi lebih baik ketika masih hangat (tak lama setelah terkena sinar matahari)

Menyiapkan air bunga sebaiknya dilakukan sendiri. Campur tangan orang lain, terutama jika orang lain ikut menyentuh air bunga, dikhuatirkan mengurangi energi bunga akibat perpindahan energi.

Mengikut pantang larang Mandi Bunga, anda tidak boleh membersihkan sendiri sisa mandian. Orang lain yang kena bersihkan sisa mandian sebab ‘sial’ itu sudah ‘tumpah’ ke bahan-bahan mandian. Justeru kalau orang yang mandi sendiri yang bersihkan sisa tersebut, ‘sial’ itu boleh ‘hinggap’ semula. Tuah yang dijemput akan lari dan apa yang dihajati tidak dicapai.

Mantera dan Doa

Mandi Bunga juga diiringi dengan bacaan mantera dan doa. Mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ (semangat) atau tenaga tak berperibadi yang tersendiri dan dipercayai akan mendatangkan manfaat yang diinginkan.

Unsur-unsur ‘Islam’ akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan lafaz bismalah, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah. Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Biasanya, bomoh akan berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar’.

Berikut adalah antara mantera khas mandi, mengikut amalan orang Jawa.
‘Bismillah, niat ingsun adua ing telaga sari,
Banju sutji den edusi para Nabi,
Den kosoki para Wali, den turuni tjahjaning para widadari,
Bjar mubjar gumebjar badan sariraku
Lailaha illa’llah Muhammad Rasullullah’






~ Admin : Pernah juga mandi bunga Segar bangkit Aura dan semangat Baru...best 

1 comment:

  1. Saya ada sabun pati 7 jenis bunga (HomeMade) dan sedang mencari pengedar utk produk saya.

    Sabun ini mengandungi pati asli 7 jenis bunga harum, utk kaum wanita yang ingin membersihkan badan sebelum upacara Mandi Bunga.
    tuk

    Penghantaran Percuma seluruh Malaysia.

    sms pesanan kpd 011-1197 2340 (Admin)

    ReplyDelete

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..