Pages

Monday, May 20, 2013

19 mei 2013 Empat Maut Kemalangan MRR2. Kepala Putus (18SG)

KUALA LUMPUR 19 Mei – Empat maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Bukit Antarabangsa petang ini. Kemalangan berlaku pukul 5.30 petang melibatkan masing-masing sebuah kereta jenis Perodua Viva, Proton Satria, Suzuki Swift dan sebuah motosikal.

Ramai pengguna Twitter yang menceritakan pengalaman mereka ketika melalui tempat kejadian. Dikatakan banyak mayat bergelimpangan dan boleh dikatakan semua kenderaan telah HANCUR! Berikut adalah beberapa gambar yang dapat kami kongsikan menerusi perkongsian rakan-rakan media di Twitter.




Empat maut dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa hari ini.

Jurucakap polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Viva mati di tempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar dua kereta lain.

Beliau berkata kemalangan pada pukul 5.30 petang itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang.

Jurucakap itu berkata Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang.

Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya.

Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang. – Bernama

~ KREDIT & Sumber

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..