Pages

Monday, May 20, 2013

Petua Untuk Merawat Ulser Mulut

PETUA-PETUA MELAYU LAMA

Petua Untuk Merawat Ulser Mulut

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan:

• Stres
• Perubahan hormon
• Jangkitan
• Kekurangan zat makanan
• Alahan
• Rawatan radiasi
• Rawatan kemoterapi

Ia sering dihubungkaitkan dengan:
• Rasa membakar di dalam mulut
• Kesakitan
• Ketidakselesaan yang berpanjangan
• Hilang selera makan
• Demam

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Cuba petua ini untuk menghilangkan rasa sakit:

• Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
• Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
• Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
• Makan makanan yang lembut.
• Kurangkan makanan pedas dan berempah.
• Minum air secukupnya.


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..