Pages

Monday, July 29, 2013

Laluan Tawaf Bertingkat di Keliling Kaabah [4 Gambar]

Tawaf Bertingkat di Keliling Kaabah

Jika ada yang pernah mengikuti siaran langsung solat Terawih dari Masjidil Haram Mekah, mungkin kita perasan ada objek putih seperti jambatan yang mengelilingi Kaabah. Ia sebenarnya dikenali sebagai jambatan gantung atau laluan tawaf bertingkat. Jambatan gantung ini adalah pembinaan Tawaf Bertingkat sementara untuk menampung jumlah jemaah untuk melakukan tawaf ketika projek pembesaran Masjidil Haram dijalankan secara menyeluruh. Pembesaran berkenaaan menyebabkan sebahagian kawasan tawaf di sekeliling Kaabah terpaksa ditutup sementara waktu. Jambatan ini akan dibuka kepada jemaah pada minggu ini.
 Tawaf Bertingkat di Keliling Kaabah
Rumah ALLAH
Tawaf bertingkat khas untuk warga emas yang menggunakan kerusi roda
Tawaf bertingkat
Kerja-kerja akhir pembinaan sedang berjalan

Tawaf masih berjalan seperti biasa, walaupun kerja-kerja pembinaan sedang berjalan


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..