MIMPI SEORANG GADIS~Untuk Renungan Bersama.
Bismillahir Rahmanir Rahim
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah
menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya:
"Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi
aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku
meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan
api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan
kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan
ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari
ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni
syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
agama"
Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan
semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau
setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk
kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"
Oleh kerana kasihan
melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air
mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum
sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar
tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati
tapak tanganku melecur teruk.
"Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika
sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka. disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.
Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR
TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA. .....
peringatan yang baik. sedekah yang banyak tidak menjanjikan syurga, sekiranya tak ikhlas...
ReplyDeleteSubhanallah seungguh tulisan yang menyentuh hati, Semoga Allah memberimu kebaikan atas tulisan nan bermanfaat ini,kalo boleh tahu apa rahasia biar bisa nulis begitu baik kayak gini apa ya... Mohon dibalas :)
ReplyDeletehttp://www.ego20han.ga