Pages

Friday, December 13, 2013

Ini antara persoalan yang harus dijawab oleh MAIWP



Star Parc Point merupakan kawasan komersil terbaru yang terletak berhampiran dengan Kompleks KL Festival Shopping Centre dan Uptown Danau Kota. Untuk makluman, Star Parc Point adalah projek JV antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan pemaju, Mah Sing Group.
MAIWP adalah pemilik tanah yang dimajukan. Dahulu pernah ada ura-ura untuk menjadikan tanah ini sebagai tanah perkuburan bagi menampung keperluan penduduk di sekitar Setapak, Danau Kota dan Wangsa Maju. Tetapi nampaknya MAIWP lebih memandang kepada keuntungan sekiranya projek komersil dibina di tanah milik mereka ini.
Tetapi persoalan yang timbul di kalangan masyarakat setempat ialah kewujudan dua pusat hiburan yang menyewa lot di Star Parc Point. Salah satu daripada pusat hiburan tersebut bernama The Beer Factory. Dengan menyebut nama sahaja sudah dapat membayangkan betapa pusat hiburan itu sudah tentu menjamu minuman keras kepada pelanggan mereka.
Timbul persoalan lain. Apakah hukumnya tanah milik MAIWP itu mempunyai pusat hiburan di atasnya? Adakah pihak MAIWP tidak memberikan garis panduan kepada pemaju projek tentang siapa atau kedai apa yang boleh disewa di tanah milik mereka? Bagaimana pula dengan status halal atau haram wang yang diperolehi hasil sewaan tersebut?
Ini antara persoalan yang harus dijawab oleh MAIWP.

 


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..