Pages

Friday, December 13, 2013

Tabung Haji oh Tabung Haji






Tabung Haji oh Tabung Haji




1. Tabung Haji memegang deposit kira-kira RM 40bilion.




2. Barangkali ramai masih ingat, TH pada Julai 2008 telah memiliki 29.6% bersamaan 92.9 juta saham Silverbird seterusnya menjadi pemegang saham terbesar.




3. Ketika itu, saham Silverbird berharga sekitar RM 0.80. Hari ini, berdasarkan maklumat di Bursa Malaysia TH telah mengurangkan pegangan dalam syarikat ini ketika harga saham cuma sekitar RM 0.10.




4. Pada 18 Jun 2012, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengumumkan kaedah Shariah screening baru yang berkuatkuasa pada November 2013. Ada sebahagian Islamic Fund manager telah mengambil langkah proaktif dengan mengingatkan syarikat-syarikat yang berpotensi menjadi tidak patuh Shariah pada November 2013. Malah, hal ini juga pernah keluar di muka hadapan akhbar-akhbar kewangan utama Malaysia.




5. Malangnya TH dari September - November 2013 telah mula membeli saham-saham Parkson Holdings Bhd, yang mana syarikat ini telah bertukar status menjadi TIDAK SHARIAH COMPLIANT pada 29 November 2013. Notis terakhir kepada Bursa Malaysia menyebut pembelian terakhir sebanyak 500,000 unit saham dibuat pada 28 November 2013.




6. Pembelian ini menyebabkan TH mempunyai 76,497,500 unit saham bersamaan 7.11% seterusnya menjadi pemegang saham ke-4 terbesar dalam Parkson Holdings. Seandainya harga purata pembelian TH adalah RM 3.50 ini bermaksud nilai pelaburan adalah melebihi RM 250 juta.




7. Bagaimana TH boleh membeli saham yang berpotensi bertukar status Shariahnya pada saat ada Islamic Fund Manager lain telah mula memberikan surat peringatan kepada syarikat-syarikat tertentu agar segera bertindak ?




8. Di manakah Shariah Governance Lembaga Tabung Haji ? Siapakah pegawai / panel Shariah yang patut memberi amaran kepada pihak pelaburan TH dalam hal ini? Atau adakah amaran telah diberi namun masih buat tidak tahu ?




9. Adakah ini tahap awareness culture Shariah dalam pelaburan TH lebih rendah dari sebahagian private Islamic Fund Manager yang lain sedangkan mereka memegang hampir RM 40b deposit, yang majoritinya adalah kepunyaan umat Islam ?




10. Ini yang kita dapat tahu, sebab diumumkan di Bursa Malaysia, bagaimana pula dengan pelaburan lain yang tidak diumumkan dan tidak dilaporkan ? Siapa yang menentukan ia patuh Shariah?


Screenshot ini pula adalah dari Bloomberg. Siapa-siapa ada access ke mesin ni boleh semak sendiri, bukan sekadar Parkson kita boleh semak, lebih dari itu.

sumber: https://www.facebook.com/photo.php?f...levant_count=1

boleh terus komen kat sana.


sumber blog


pengurusan tabung haji lebih kepada lantikan umno. lihat sajalah pengerusi TH langsung tak layak duduk kerusi pengerusi. 

matlmat asal sudah lari. daftar haji tahun ini 50 tahun akan datang baru dapat pergi haji. macam ni lebih baik tak ada tabung haji.

Silverbird dikuasai oleh tabung haji tapi roti keluaran Silverbird berat timbangan menipu. lebih teruk lagi kilang Silverbird di arah tutup sebab ko dah tau la ceritanya




~ Mengikut sumber ini juga  Pakdi:~ Lembaga TH juga ada mempunyai pegangan sebanyak 146,070,473 sahamMalaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang juga kini berstatus tidak patuh Shariah, membeli 639,100 unit saham pada 28 November 2013.



~Menuru Pakdi :- Akhbar THE STAR, milik MCA dah keluarkan cerita ini pada 2 Disember 2013. Saya cuma tulis pada 12 Disember 2013.

Malu pula saya sebab akhbar MCA lebih peka menyampaikan info Shariah compliant , saya lewat 10 hari!









No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..