Pages

Sunday, March 23, 2014

Jadi GRO sejak umur 14 tahun



Petaling Jaya: Tarikan gaji lumayan mencecah RM600 sehari menyebabkan seorang gadis berusia 17 tahun sanggup meninggalkan keluarganya di kampung untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di sekitar Sunway Mentari, di sini.

Difahamkan, remaja perempuan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan terbabit mula terjebak dalam aktiviti tidak bermoral itu selepas berhenti dari sekolah pada usia 14 tahun.


Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas remaja itu ditahan polis bersama 26 wanita termasuk 15 warga asing dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman di premis itu kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Dalam serbuan diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais itu, remaja perempuan terbabit dikatakan bertindak kasar apabila enggan menyarung baju khas disediakan anggota polis dengan membuang pakaian itu ke lantai.


Namun, tindakan degil remaja itu berjaya dikawal anggota polis bertugas sebelum dia berjaya ditenangkan.


Mohammad berkata, seramai 12 wanita berusia 17 hingga 35 tahun yang ditahan itu dikenal pasti sebagai rakyat tempatan manakala 14 lagi adalah wanita warga asing membabitkan warga Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.

“Siasatan awal turut mendapati premis hiburan itu mempunyai lesen sah dan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun pemiliknya sering kali bertukar ganti.

“Pemilik premis melakukan kesalahan kerana menggaji pekerja warga asing sebagai GRO. Kita juga tidak menolak kemungkinan semua wanita itu menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan premis,” katanya.

Menurutnya, siasatan polis mendapati kumpulan wanita GRO itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran antara RM400 hingga RM600.

“Ketika serbuan, puluhan pelanggan turut berada di dalam pusat hiburan itu, namun tiada kondom ditemui.

“Semua wanita yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. Siasatan turut dilakukan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP),” katanya.

Harian Metro difahamkan, pusat hiburan yang digempur kali kedua dalam tempoh tiga bulan itu kerap menjadi lokasi pertemuan bagi kegiatan pelacuran.

Malah, golongan GRO itu turut menggunakan kalungan bunga yang dijual kepada pelanggan sebagai ‘simbol’ persetujuan untuk dilanggani.


  `sumber ~.




 Mungkin ANDA meminati Artikel InI

*  SIAPAKAH SEBENARNYA KAPT ZAHARIE AHMAD SHAH klik sini

*  BOEING 777-200  BOLEH TERBANG BAWAH RADAR klik sini

*  3 SITUASI KEMUNGKINAN BERLAKU PD MH370 klik sini

*  KAEDAH PARANORMAL DLM MENCARI MH370 klik sini








No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..