Pages

Sunday, March 23, 2014

Mangkuk ayam dilelong RM131 juta


Hong Kong: Satu mangkuk yang sangat jarang ditemui dijangka mencecah harga £24 juta (RM131 juta) apabila dilelong bulan depan.

“Mangkuk ayam” Chenghua dibuat dalam kuantiti yang sangat sedikit dan kini hanya tinggal empat sahaja dalam simpanan pemilik persendirian.


Hanya beberapa muzium di seluruh dunia yang mempunyai replika mangkuk berkenaan termasuk Muzium London, Muzium British dan Muzium Victoria and Albert.

Mangkuk yang sangat eksklusif itu dijangka memecahkan rekod harga jualan apabila ia dilelong di Hong Kong bulan depan.






Timbalan Pengerusi Sotheby's Asia, Nicolas Chow berkata: “Ia satu penghargaan buat kami untuk menawar melelong ‘mangkuk ayam’, 15 tahun selepas mencatatkan rekod seni China pada 1999.”


Sejak dibuat pada zaman Dinasti Ming, ‘mangkuk ayam’ Chenghua mendapat pujian ramai dan sangat dihargai Maharaja dan pencinta artifak.

Mangkuk itu dibuat di wilayah Chenhua antara tahun 1465-1487 dan kemudian dibuat semula ketika pemerintahan Dinasti Ming, 1368-1644 dan Dinasti Qing, 1644-1911.

Ia akan mula dilelong di Jualan Musim Bunga Hasil Seni dan Seramik Halus China pada 8 April di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong.






  ~ money2gold :  Adakah mangkuk ayam ini juga terdapat dlm MH370 sehingga ia dirampas






.~ sumber ~



Mungkin ANDA meminati Artikel InI

*  SIAPAKAH SEBENARNYA KAPT ZAHARIE AHMAD SHAH klik sini

*  BOEING 777-200  BOLEH TERBANG BAWAH RADAR klik sini

*  3 SITUASI KEMUNGKINAN BERLAKU PD MH370 klik sini

*  KAEDAH PARANORMAL DLM MENCARI MH370 klik sini









No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..