Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, June 15, 2015

Pelancong Asing Bogel Di Puncak Gunung Kinabalu



Melalui gambar yang tersebar 30 Mei lalu, 10 pelancong asing termasuk empat wanita disahkan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan berbogel di South Peak, Gunung Kinabalu, Sabah.

Pelancong-berbogel

Sumber gambar dari Harian Metro.

Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais berkata, malim gunung yang mengiringi perjalanan pelancong-pelancong berkenaan telah membuat laporan dan menulis surat kepada pihaknya tentang kejadian itu, lapor akhbar Berita Harian.

Menurut beliau, pada hari tersebut, beberapa malim gunung telah mengikut sekumpulan pendaki dari Eropah mendaki Gunung Kinabalu.

Setelah tiba di tempat kejadian, 10 individu daripada mereka bertindak berbogel.

“Menurut malim gunung yang mengiringi kumpulan itu, beliau telah menegur dan melarang pendaki asing terbabit melakukan perbuatan berkenaan. Bagaimanapun pendaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat kepada beliau,” ujarnya lanjut.

Sementara itu, dalam laporan Harian Metro, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS), Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood menyifatkan tindakan kesemua mereka sebagai biadab kerana tidak menghormati penduduk kawasan tersebut.

“Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung itu tempat suci mereka.”

Ujar Tengku Zainal, setiap pendaki sudah diberikan taklimat tentang peraturan semasa berada di kawasan tersebut, lantas tindakan mereka sememangnya tidak boleh diterima.













Kredit & Sumber artikel: 


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...