Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, June 15, 2015

Pelancong Bogel Mohon Maaf, “Saya Memang Bodoh”




Salah seorang warga asing yang bertindak membuka baju di puncak Gunung Kinabalu, Eleanor Hawkins, membuat permohonan maaf setibanya dia di Britain.

Eleanor Hawkins

Eleanor (Tengah).

Eleanor, 24, ketika berada di hadapan rumahnya di Draycott berkata, “Saya sedar tindakan saya bodoh dan saya juga sedar telah menyinggung banyak pihak di Sabah atas tindakan tersebut.

"Untuk itu, saya benar-benar memohon maaf.”

Wanita itu tiba di Heathrow kira-kira jam 5:17 pagi semalam dari Kuala Lumpur sebelum dibawa sekuriti ke kereta untuk membawanya pulang.

Sebaik tiba di kediaman, dia disambut oleh kedua ibu bapanya, Tim dan Ruth.

Menurut ibunya, “Kami sangat lega setelah Eleanor pulang ke rumah selepas menghadapi saat-saat trauma.
Pelancong bogel di Kinabalu
“Kami sedar dia melakukan kesalahan dan tidak menghormati budaya di sana, dan dia telah memohon maaf kepada penduduk Sabah.

“Eleanor telah diadili sebaiknya oleh pihak berkuasa dan selesai menjalani hukumannya. Kes tersebut kini ditutup.”

Sebelum dihantar pulang, Eleanor telah menjalani hukuman penjara selama tiga hari seperti yang dijatuhkan mahkamah kepadanya.

Eleanor Hawkins [2]

Dalam kes tersebut, sekumpulan pelancong dari beberapa negara dikecam teruk penduduk Malaysia setelah mereka bergambar dalam keadaan bogel ketika mendaki Gunung Kinabalu.

Bagi penduduk tempatan di Sabah, mereka mempercayai gunung tersebut memiliki semangat yang perlu dijaga dan dihormati.

Lantas, tindakan pelancong-pelancong berkenaan dikaitkan dengan kejadian gempa bumi sehingga mengorbankan 18 nyawa kerana dianggap semangat gunung ‘marah’ telah marah.





Kredit & Sumber artikel:

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...