Impian Sultan Johor jadi kenyataan miliki 'Trak Mack'
Trak mewah itu mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane.
Menurut laporan ABC News, trak itu memiliki beberapa keistimewaan termasuk enam kamera litar tertutup, dua set televisyen berskrin rata, ruang dapur, barbeku, katil kelamin dan kerusi bersulamkan 72,000 jahitan benang emas.
Ia juga mempunyai perhiasan hud harimau bersadur emas."Ini impian beta," titah baginda mengenai trak mewah itu.
Harga trak itu dirahsiakan, tetapi harganya kini dipercayai lebih mahal berbanding sebelum ini yang bernilai A$481,000 kerana ditempah khas.
Baginda gembira dengan hasil akhir trak itu.
Harga trak itu dirahsiakan, tetapi harganya kini dipercayai lebih mahal berbanding sebelum ini yang bernilai A$481,000 kerana ditempah khas.
Baginda gembira dengan hasil akhir trak itu.
"Beta sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun lepas.
"Beta
tidak sabar untuk mempamerkan hasil buatan ini kepada rakyat Johor
sebaik sahaja trak mewah ini dibawa masuk," titah baginda.
Sultan
juga menitahkan trak mewah itu menunda bot berkuasa tinggi baginda ke
seluruh negeri dengan lokasi pertama pemanduan pada acara larian amal
hujung bulan ini.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..