Saksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat secara langsung.
Belanjawan yang dibentangkan oleh Najib yang juga menteri kewangan itu bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'.
Najib tiba di perkarangan Dewan Rakyat kira-kira pukul 4 petang dengan memakai baju Melayu berwarna ungu sambil memegang beg hitam berisi teks belanjawan. Pembentangan itu juga disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan radio tempatan.
Intipati belanjawan
- Ekonomi mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh pertama 2015 dan dianggar mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun.
- KDNK negara dijangka berkembang pada kadar empat hingga lima peratus pada 2016, dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing pada kadar 6.7dan 6.4 peratus.
- Eksport dijangka tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus.
- Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.
- Kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskalnya daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.
- Kemasukan pelaburan asing terus kukuh pada RM22.4 bilion.
- Negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal antara dua dan tiga peratus.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..