Dron boleh mengangkut muatan seberat 1 kilogram bagi laluan lebih 10 kilometer. - Foto hiasan gizmodo.com
KUALA LUMPUR, 10 November:
Malaysia berminat menggunakan pesawat
tanpa pemandu, dron untuk perkhidmatan penghantaran, terutamanya bantuan
kemanusiaan melalui udara kepada mangsa-mangsa di kawasan banjir di
negara ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, idea
itu tercetus, selepas perkhidmatan pos Switzerland, Swiss Post Solution, memberi taklimat kepadanya mengenai projek terbaru syarikat itu yang menggunakan dron bagi penghantaran pos.
itu tercetus, selepas perkhidmatan pos Switzerland, Swiss Post Solution, memberi taklimat kepadanya mengenai projek terbaru syarikat itu yang menggunakan dron bagi penghantaran pos.
“Projek ini boleh dilaksanakan di
Malaysia pada masa akan datang, seperti penghantaran barangan ke
pusat-pusat pemindahan banjir serta untuk tujuan penting lain,” katanya
ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Jailani dalam rangka lawatan enam hari ke Switzerland, sejak Sabtu lalu.
Beliau juga tertarik dengan usaha
syarikat itu mengatasi pelbagai cabaran dalam pengumpulan data dan
lokasi penduduk, walaupun bentuk muka bumi Switzerland bergunung-ganang.
Jailani berkata, dengan
kerjasama pelbagai pihak, syarikat berkenaan mampu menyelaras maklumat
yang dikumpul untuk merangka sistem laluan penerbangan perkhidmatan
posnya.
Dron boleh mengangkut muatan seberat 1 kilogram bagi laluan lebih 10 kilometer.
Pada Julai lalu, Swiss Post Solution mula melakukan ujian penghantaran bungkusan menggunakan dron, menurut portal berita The Guardian.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..