Pages

Monday, June 06, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING ROTI MARBLE





PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan:

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sdb butter - cairkan
3 1/2 cawan air - 230ml
2 sdb serbuk koko
Sedikit pewarna dan perisa esen pandan

Cara:

1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan ke dalam agar-agar yang sudah dididih tadi.
3. Masukkan butter dan kacau sampai mendidih. Matikan api.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biarkan warna asal. Saya letakkan sedikit serbuk koko. Dan satu bahagian lagi saya letakkan pewarna hijau dan perisa pandan.
5. Tuangkan ke dalam loyang secara berselang-seli. Sesenduk adunan asal dan sesenduk lagi adunan hijau. Ulangi sehingga habis. Ketika melapis hendaklah cepat sebab puding cepat sangat membeku.
6. Apabila dah siap bolehlah disimpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Enak dimakan ketika sejuk.







No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..