Pages

Monday, January 09, 2017

Hanya RM50, pemuda Besut ubah suai motosikal redah banjir hingga tular





Mohd. Fizol Lokman menunjukkan paparan klip videonya nenunggang motosikal. - UTUSAN ONLINE

BESUT 7 Jan. - Klip Video tentang kreativiti seorang pemuda di sini mengubah suai motosikalnya yang digunakan untuk bersantai mengharungi banjir minggu lalu menjadi viral di laman sosial.

Ia ditonton oleh lebih lima juta pengguna, dan turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, dan malam tadi menemukan pihak media dengan Mohd Faizol Lokman, 30, seorang mekanik motosikal itu di Kampung Gerong.


Klip video dengan aksi bersahaja Mohd Faizol memboncengkan kakaknya, Kazuraini, 35, menarik perhatian ramai tentang ‘ciptaan budak kampung’ yang berani mencuba dan hanya 
membelanjakan RM50 .


Mohd Faizol berkata, dengan sedikit kemahiran dalam membaiki motosikal, dia menggunakan bahan terpakai iaitu getah yang dari tangki air kereta yang disambung kepada karburetor motosikal.
 

Katanya, dari karburetor itu disambungkan pula paip getah kecil ke satu kotak plastik yang diisikan dengan minyak petrol untuk memastikan motosikal Honda C70 itu sentiasa hidup apabila meredah banjir.
 

Menurutnya, video yang menjadi viral itu diambil oleh kakaknya dengan memegang monopod semasa membonceng pada 4 Januari lalu dan kemudian diedit dengan memasukkan lagu “Jomblo Happy” nyanyian kumpulan Gamma 1.
 

Sementara itu Mohd Iskandar berkata, usaha Mohd Faizol merupakan lambang kreativiti dan cetusan idea tersembunyi anak muda yang tinggaldi kampung-kampung yang berjaya memanipulasikan minat serta kreativiti mereka.
 

Katanya, jika kreativiti itu digilap dan diberi penambahbaikan besar kemungkinan anak muda itu boleh menghasilkan produk yang komersil untuk digunakan oleh masyarakat terutama mereka yang bekerja di kawasan yang mudah dinaiki air.
 

“Lazimnya kawasan bendang atau kebun terputus hubungan kerana tidak dapat dilalui ekoran a berlaku hujan lebat untuk beberapa 
hari dan keadaan itu menyukarkan pesawah untuk ke sawah bagi meneruskan pekerjaan harian,“ ujarnya. 











No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..