Pages
▼
Monday, January 09, 2017
Honda C70 jadi motobot
Jertih: Mohd Faizol Lokman hanya mengeluarkan modal RM50 untuk mengubah suai Honda C70 dan `test’ ciptaannya itu ketika banjir sehingga menjadi viral.
Faizol, 30, yang juga mekanik dari Kampung Gerung, dekat sini, tidak sangka video mengharungi banjir itu menjadi viral.
Katanya, dia tidak sangka video dirakamkan kakaknya, Khazuraimi Lokman, 35, yang juga pembonceng mendapat perhatian netizen, khusus di laman sosial.
Menurutnya, dia sebenarnya sudah beberapa kali mengubah suai motosikal iaitu sejak 2014 untuk mengharungi banjir tetapi tidak pernah merakamkan video.
“Saya ubah suai motosikal dengan memasang paip tangki air kereta ke karburator. Paip getah itu saya halakan ke atas.
“Karburator itu saya letak dalam raga motosikal. Salur minyak tu saya letak kat atas sekali supaya dapat elak daripada masuk air,” katanya.
link berkaitan
kredit
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..