Pages

Monday, January 09, 2017

Harga pengantin wanita di China semakin mahal, cecah RM600,000





Foto hiasan.

BEIJING 7 Jan. – Bilangan populasi kaum wanita yang menurun akibat dasar ‘seorang anak sahaja’ di China dan berlakunya ledakan ekonomi sejak dua dekad lalu, mengakibatkan kaum lelaki terutamanya di kawasan luar bandar negara ini terpaksa membayar harga yang mahal untuk berkahwin.

Menurut portal Oddity Central, kedua-dua faktor itu juga menyebabkan ‘harga pengantin perempuan’ di China meningkat hingga mencecah ribuan yuan, memaksa kaum lelaki membuat pinjaman bank jika ingin berkahwin.

Satu kajian tentang nilai pengantin di China yang diterbitkan dua tahun lalu, menunjukkan bahawa di bandar-bandar seperti Shanghai, harga purata bagi seorang pengantin perempuan adalah sekitar satu juta yuan (RM646,527).

Tahun lepas, berita tentang pengantin dari Putian, sebuah bandar di wilayah Fujian timur, berkahwin selepas keluarganya menerima 3.8 juta yuan (RM2.45 juta) menjadi perhatian ramai sehingga mencetuskan kontroversi di media sosial China.

Menurut seorang profesor sosiologi di Universiti Zhengzhou, Zhang Mingsuo, tradisi membayar harga pengantin perempuan berasal dari kawasan luar bandar di China, apabila ibu bapa meminta sesuatu balasan bagi tujuan membantu mereka menyara diri pada usia tua selepas menghabiskan banyak sumber kewangan membesarkan anak-anak perempuan mereka.

Walau bagaimanapun, jelas Mingsuo, jumlah bayaran wang yang tinggi di China pada masa ini sudah bercanggah dengan tujuan asal tradisi itu kerana ia didorong oleh sikap materialisme.

“Pada tahun 60-an dan 70-an, harga pengantin perempuan dibayar dalam bentuk hadiah yang sederhana sahaja seperti termos minuman sehingga yang paling mewah, hanyalah katil tempat tidur.

“Pada tahun 80-an set, televisyen dan peti sejuk adalah hadiah popular yang kerap dijadikan hantaran. 

"Kini, tradisi itu sudah dicemari dengan permintaan wang yang terlalu tinggi oleh keluarga pihak perempuan,” kata beliau.






kredit






No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..