Pages

Wednesday, February 15, 2017

BR1M 2017 akan mula dibayar 18 Februari



PETALING JAYA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini akan diagihkan bermula 18 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu selepas menerima banyak pertanyaan mengenai bantuan wang tunai itu di akaun sosial miliknya.

"Ramai orang yang bertanyakan mengenai BR1M di laman Facebook, Twitter dan Instagram saya.

"Saya gembira mengumumkan bahawa, Insya-Allah, BR1M akan diagihkan bermula pada 18 Februari. Mudah-mudahan ia membantu," kata Najib di laman Facebooknya pada Jumaat.

Ketika pembentangan Bajet 2017 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan bahawa jumlah bantuan BR1M akan ditambah untuk semua kategori.

BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200.

BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, meningkat daripada RM800 kepada RM900.

Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Manakala Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukan RM6.8 billion.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.





kredit



















No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..